BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 18, 2008

Pulang ke rumah...

salam buat diriku...
terasa sekejap sahaja masa yang dapat dinikmati bersama keluarga. Namun kerinduan ini tidak akan aku sia-sia kan walau hanya secangkir waktu yang dapat dihirup. Kemanisan bersama mereka sangat dinikmati setelah sebulan dan beberapa minggu aku di perantauan. Mungkin bagi yang tidak mengerti menganggap aku adalah manja, namun hakikatnya, saat bersama keluarga adalah kenikmatan dan kebahagiaan yang amat perlu.
Sedikit pilu apabila masuk ke rumah, sedikit perubahan yang berlaku. Tetapi aku masih tetap tak mahu beranjak, aku tetap bersyukur kerana keluarga masih boleh menikmati hidup di dunia ini seadanya. Aku bersyukur dan keluargaku jua begitu.
Kasihan ayah, mengerah keringat demi menanggung perbelanjaan aku di UKM ini. Kasihan emak, sering merindu aku dan adikku jua. Aku jua begitu.
Aku akan berjaya suatu hari nanti, dan membalas keringat ayah dan emak. Itulah harapan dan impian aku sebelum aku pergi dijemput ILahi.
Aku harap aku dapat membahagiakan mereka dan adik beradik ku jua. amin.....
(tertunduk sayu)

1 lonjakan suara:

Mazura said...

salam has..
walaupun kita berjuahan dengan keluarga tapi kita masih ada sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka..
sesungguhnya sahabat amat pentingkan...sebagai pengubat rindu akan keluarga..