BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 4, 2008

Seram...


Pengalaman mendengar suara makhluk-NYA yang lain itu, baru-baru ini amat mendebarkan hati. Degup jantung saya lebih hebat beroperasi di kala itu. Mendayu-dayu esak tangisnya.

Terasa lemah kaki untuk melangkah walaupun jarak antara kerusi belajar dan katil cuma sejengkal. Habis hilang semangat untuk menyiapkan segala kerja yang telah dijanjikan hati kerana semangat yang lain itu lebih hebat menerobos dalam diri. Harap biarlah suaranya sahaja yang terdengar.

3 lonjakan suara:

Mawar said...

Hasni
tahniah sudah ada rumah sendiri.
ini ruang ekspresi. jadi banyak yang boleh dirakam. gunakanlah sebaiknya!


mawar
www.mawarshafei.blogspot.com

Insah Johana said...

Terima kasih dr.mawar kerana sudi ziarah rumah baru saya.

ilHAm UyAIsHa said...

hasni..

pengalaman paling seram yang pernah saya lalui ialah sewaktu saya tidak dapat bergerak tika berjaga dari tidur.. walau ia perkara yang disifatkan sebagai 'sleep paralysis', saya masih tidak dapat menafsirkan kenapa pula wujudnya sebuah lembaga besar yang hitam di penjuru bilik ketika itu...
ia terus menjadi tanda tanya.....