BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 6, 2009

"Jangan Berulang!" rayu aku.


Sejak semalam lagi, hati rasa tak tenang. Tidur tak lena. Dalam lena aku berperang dengan jiwa. lebih tepat lagi atmaku meronta keras. Mahu bangkit dari lena yang kasar. Tubuhku kebas, seperti ditimpa sesuatu yang berat. Ah, sangat menyeksakan. Dalam lena juga aku merayu menyebut kebesaran Tuhan. "Allahuakbar!". Alhamdulillah, tidak lama selepas itu aku terjaga. Namun masih mamai dan sangat menyakitkan. Kepalaku terasa berat sekali. Pening yang kasar. Rakus menarik urat-urat segala.

Berlaku perkara yang sama di malam hari. Lebih tepat lagi, awal pagi. Mataku hanya mengantuk jam 4 pagi. Dalam beberapa jam sebelum aku terjaga untuk ke kuliah jam 8, aku dihantui sekali lagi perkara itu. Dalam lena yang tidak asyik itu, sayup-sayup suaraku membisikkan ayat kursi. Beberapa kali diulang. Alhamdulillah, aku berjaya sedar. Bersiap ke kuliah. Sangat singkat.

Kini, aku seakan hanyut dengan lamunan. Resah ini aku luahkan dalam catatan blog, dan juga rakan-rakan. terima kasih kepada mereka. Pesan aku pada diri, aku boleh mengatasi lamunan ini, dan hidup seperti biasa. Amin.

0 lonjakan suara: