BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Aku cuba untuk tidak keliru lagi.

"aku keliru pada perasaan aku sendiri, syifaq! kenapa sukar sangat aku nak buat keputusan? kenapa?"

"Hey, sabarlah. semua yang kau hadapi ni adalah dugaan dari Allah. Aku tahu kau mampu hadapi. Allah beri dugaan ini pada insan yang mampu hadapinya. aku tahu kau boleh lawan perasaan itu."

"entahlah, aku sendiri keliru. keliru pada perasaan aku sendiri."

"P, aku faham, kau memang seorang yang lembut hati. Mudah benar menerima cinta. Cinta manusia dan sekeliling. Aku faham. Jadi Allah turunkan beban ini untuk kau benar-benar bijak memilih cinta. dan jangan sesekali kau lupa pada cintamu yang Maha Agung. Allah SWT."

"P, menangislah semahunya. Menangis untuk legakan hatimu. Takkan aku halang kau menangis. Cuma pesan aku, kau menangis pada yang benar-benar kau cinta. Kisah itu akan khatam pada penghujungnya. Aku pasti kau akan dapat memilikinya suatu hari nanti."

"Ya, P. yang penting sekarang kau usaha untuk lebih maju. dan seiring langkahmu kuatkan ibadah dan doamu pada Allah. Jangan dilupakan itu."

"Tapi P, andai kau tak dapat memilikinya. Cukuplah kau rasa ia hadir dalam hatimu. Kau sayang dia dalam hatimu. Mungkin kau takkan milikinya, namun separuh daripada kisahnya telah engkau hadiri. Dan kau letakkan kekeliruanmu ini pada usaha dan langkahmu ke hadapan. Moga kau dapat memilikinya jua."

"Benar P. Mungkin kau takkan gapainya semahu yang kau hendakkan. Tapi rasalah kehadirannya dalam hatimu. aku pasti kau bahagia, walaupun hanya separuh yang kau ada."

"aku cuba melawan kekeliruan ini Syifaq, Shah. Terima kasih sebab selalu ada di sampingku. Aku cuba dan aku akan usaha. Aku redha andai aku tak dapat miliki kisah itu sepenuhnya. Akan aku sematkan kasih sayang dan cintanya walaupun separuh sahaja yang ada. aku terima takdir yang ditentukan."

"Begitulah P. Tabah dan mulakan langkah baru yang boleh membawa kau kepadanya. Dengan izin Allah, pasti kau akan ketemunya secara keseluruhan juga. bukan mahu kau berharap, tapi cukuplah sekadar kita berfikiran positif. okey P!?"

"Ya, aku akan usaha. Terima kasih sekali lagi pada kalian. aku Cuba! Pasti lakukan dan usaha."

"Macam tu lah."

"Ya!"

:)

4 lonjakan suara:

Sacha Uyaisha said...

andai sy hny boleh ltkkn kata 'like' spt di facebook, sy katakan sy lbh dr 'like' kpd entry ini. hihi. knp lama menghilang di maya FB??

Putera Cinta said...

salam...

di kedinginan pagi ini, hati sangat terusik saat membaca tulisan ini..

ya... amat terusik...

hasni Jamali said...

Sacha,

terima kasih atas pujian itu. moga ia akan jadikan tulisan saya lebih baik lagi, ya! :)

tidak menghilang, hanya memerhati sahaja, entahla...di FB saya ada cuma tidak nampak mungkin.

hasni Jamali said...

salam...Putera CInta

mengapa terusik? hmm, hanya luahan hati yang mahu menyampaikan segala-galanya, keliru dan resah sentiasa memburu.

jadi pujuk hati dengan kata-kata nasihat sendiri dalam bentuk tinta ini. :)

dan syukur, kekeliruan mula beransur pergi dan semakin boleh menerima kenyataan. syukur.