BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

dah putus!


Tiga purnama,
biarkan dia pergi dengan rela.

Tiga purnama,
akan terhakis segala resah,
akan hilang segala ratap rindu,
walau masih meninggal bekas.

Tiga purnama,
bahagia dia derita merana,
dalam pangkuan sepinya,
aku sendiri.

:untuk si A sayang, moga anda bahagia bersamanya. Tiga purnama lagi menjejak pelamin, aku relakan sayangmu berpihak padanya. Moga perkenalan kita selama ini membawa kenangan manis buat dirimu. sudah bukan engkau jadi milikku. Aku redha.

4 lonjakan suara:

NiNa' said...

hasni~~....

same la nasib kita...~ huhuhu..~ rase cam nak ambik sajak ni..hehe

Farmilla Hamdi said...

Sesungguhnya, setiap kejadian akan memberi hikmah yang tidak mampu kita tafsirkan...

hasni Jamali said...

Nina, yg mampu terluah dek hati..biar yg luka itu terus berlalu..x mau menuntut kembali.mga dia bhagia

hasni Jamali said...

ya, sesungguhnya saudara Farmilla hamdi. Moga dia bahagia bersama pilihan keluarganya, dan moga Tuhan sentiasa mengiringi kebahagiaan buatnya dan keluarganya. amin.