BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 1, 2010

bersederhanalah saya


Hangat sungguh malam ini. Tiada langsung rasa riang angin. Entah ke mana hilangnya. Sedangkan kipas laju ligat berpusing. Hanya terdengar desas desus bunyi bilah-bilahnya saja. Hampa.

Berpeluh. Baju yang dipakai hampir basah. Titis-titis kecil air di tubuh, semakin merebak banyak. Rasa melekit badan.Langsung tidak selesa. Terhenti seketika, tulisan esei Undang-undang dan Ketatanegaraan Melayu. Sempat 2 muka surat sahaja.

Imbas kisah tengah hari tadi. Bayar yuran, rupa-rupanya semakin mendadak naik. Lepaskan juga wang tak seberapa dalam akaun. Dan begitulah yang tinggal. Sekarang, stok makanan untuk waktu malam seperti roti, biskut dan serbuk minuman kena sedia. Langsung itu sahaja yang dimakan malam-malam kebelakangan ini. Syukur, masih ada makanan. Amin.

Kemudian, jalan-jalan di Pusaneka. Terhenti sejenak, melihat ruang itu dipenuhi aktiviti jual dan beli. Masih ada karnival lagi. Kali ini karnival Anak Negeri Sembilan berlangsung. Hanya meneliti beberapa helai selendang yang sudah lama diidamkan. Melihat dan berlalu pergi. Cantik. Hampa. Hanya sehelai anak tudung yang dibawa pulang. Jalan-jalan lagi, teruja melihat gerai jualan buku-buku. Ada novel, genre motivasi dan kisah-kisah pahlawan. Teruja hanya pada hati dan senyuman. Teringat kisah pergi bayar yuran tadi. Letak semula buku yang dipegang. Rasanya belum mampu untuk membelinya. Tak mengapa, masih ada banyak jumlah buku yang rasanya segar lagi untuk dikhatamkan. Buku-buku dalam bilik.

Sekarang, masa untuk berjimat. Sekali sekala, rasa nikmat seperti insan-insan kurang bernasib baik. Semakin insaf diri. Makan sederhana, cukuplah sekadar alas perut dan jangan terlampau kenyang. Nanti malas pula. 

Sedikit coretan hari ini. Tiba-tiba perut diminta isi. Berbunyi-bunyi pula. Menu apa pula di tengah malam ini? Ah, mungkin pagi esok sahaja. Terkilan pula jika waktu singkat ini, makanan habis untuk satu detik sebelum tidur. Tahanlah. Minum air saja.

6 lonjakan suara:

Putera Cinta said...

salam..

itu biskut masjid kan? abang panggil biskut masjid.
masa kecil-kecil dulu selalu dapat makan biskut majid tu. sekarang jadi kenangan yang terindah... hanya kenangan...

apapun semoga Has sentiasa gembira ya. InsyaAllah ada rezeki akan dapat miliki buku-buku baru atau apa sahaja yang Has idamkan.
jaga kesihatan... kalau lapar tu makan ya. :-)

Sacha Uyaisha said...

biskut butangggggg!!!! my favourite!!!! abg zul, kat giant pun ada jual la. tuari baru bli. tk smpi 1 hri da habis mkn.. huhu.

kalau mkn biskut butang, sy mkn bhgn biskut dulu, lps tu baru mkn isingnya yg diatas.... sedapnya!! =)

Anonymous said...

hasni..

sedih pulak akak baca..
kuatkan semngat k..
tapi jangan biarkan perut tu kosong..
InsyaALLAH.. semua ni akan bagi pulangan yang berlimpat ganda dariNya..
akak doakan dari sini ye..

hasni Jamali said...

salam Putera Cinta, :)

Selamat kembali ke UKM (dengan mesranya saya menyebut) hehe...
wah, biskut masjid ye? kenangan zaman kanak-kanak paling indah kan, kenang ia selalu agar tampak Lebih Muda...hehe

terima kasih, insyaAllah, berusaha untuk gembira selalu. Lapar, mesti makan punya kecuali tgh malam, rasa tak berbaloi nak makan, lepas tu tido...mengundang kemalasan melampau nanti. hehe

hasni Jamali said...

Salam mentel Sacha Uyaisha, :)

wah, biskut butang pula...ish2...
rindu saya nak makan biskut ni dengan IMAN... :) Ayong Dedek with Iman makan biskut ni sambil rebut2 warna krim tu...hehe...comelnya, haha...

kadang2 Iman tolong suapkan biskut ni dalam mulut Ayong Dedek,lalu saya menggigit manja jari kecilnya, wah rindu saat itu. mahu kembali segera ke kg halaman. yeh! :)

hasni Jamali said...

hi kakak, salam juga. :)

gerangan siapakah kakak ya? salam perkenalan,

tak mengapa, kesedihan terubat dengan keinsafan diri. sudah lama senang, sekali sekala kena juga rasa susah. Allah sayang hamba-Nya, terima kasih Allah beri saya dugaan ini. Moga saya lebih mengerti makna hidup. Amin.

Terima kasih kakak mendoakan dari sana.