BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

Staccato Perlahan hJ

Berjalan-jalan. Lalu melangkah perlahan. Si dia sedang bertahan. Menahan. Payah kelihatan. Ah, wajahnya tampan. Menahan desakan. Perlahan-lahan. Pawana bertiup. Segar. Menghembus nafas bugar. Si dia sedang enak lena di bawah mentari sinar. Sesekali menutup pandang sinarnya. Dengan selendang merah jambu. halus dan gebu. Bermain-main di kalbu. Berkerut seribu. Perasaan berbaur haru. Perlahan-lahan. Langkah belum berpadu. Si dia memegang tangan. Berpaut janji. Manis menusuk di hati. Tiada terperi. Berbunga di hati. Melihat senyum tak bertepi. Berbisik seri. Si dia riang sekali. Perlahan-lahan. Tusukan pandang menyorot riang. Pada wajah. Dengan senang. Malu. Merah jambu pipi gebu. Rangkul yang erat. Terima kasih diucap. Tanda iktiraf terungkap. Si dia senang tersenyum. Memaut janji. Berpegang madah setia. Pada si kecil di dalam. Si dia berpesan. Agar jaga diri. Jaga peribadi. Kelak membesar. Berguna diri. Bercita-cita yang tinggi. Perlahan-lahan. Erat dakapan hangat. Bakal ibu dan ayah menanti.

hJ

5 lonjakan suara:

Sacha Uyaisha said...

tahniah. nukilan yang baik. ada kelainan. suka. nak cuba jgk. nanti saya nk buat. nak cuba jgk.

hasni Jamali said...

amboi. komennya seperti staccato juga ya! bagus2. saya nantikan. bahasa klasik Sacha Uyaisha. dalam bentuk staccato. :).

zuzack828 said...

wahhh..
hebat sekali penulis awak ya..
keep it up ya...
sy sentiasa menyokong dr belakang..
up date slalu~~

zuzack828 said...

*penulisan bukan penulis...wrong spelling da..
sgt teruja untuk membaca tulisan anda..
teruskan!!

hasni Jamali said...

Zu,

terima kasih. ini hasilnya kerana gian membaca karya Indonesia. Hasni mahu cuba sesuatu yang baru. Staccato jadi bahan galian seterusnya. :)

terima kasih kerana mneyokong, ya :) teruskan menyokong hasni :)