Saya rindu akan....
Friday, January 15, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Sayang kamu dengan senang, riang dan tenang.
Aku, riang dan tenang,
pabila setiap kali melihat Farouk tersenyum senang.
Aku riang dan tenang,
pabila setiap kali mendengar Farouk bicara senang.
Farouk teman istimewa,
Sentiasa riang dan tenang,
Bak ubat penenang,
Aku sering asyik dalam dakapan senangnya.
Farouk teman riang,
terima kasih memberiku ketenangan,
terima kasih memberiku kesenangan,
di kala sukaku dan dukaku.
Farouk, aku sayang kamu,
dengan senang, riang dan tenang.
hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:42 PM 2 lonjakan suara
Tuesday, January 12, 2010
Dalam Lamunan kita berbicara
Pada paras tanganku,
Pada paras tanganmu,
kita berpegangan,
mengenggam ikatan suci,
dan terus berjalan,
melangkah bersama manis senyuman.
Pada paras nafasku,
Pada paras nafasmu,
kita berhembus untuk kesunyian ini,
kerana segalanya,
bukan milik kita.
Kita pasrah,
walau erat perhubungan ini,
dan turut direstui,
namun, kita hanya makhluk-NYA yang kerdil dan hina,
Kita bakal terpisah jua,
dengan izin Tuhan,
sebaik-baik pemergian.
Kau kekasihku,
Kau suamiku,
kepadamu aku luahkan segala cinta,
Untukmu kuserah segala rasa,
Antara kita, rasa dan cinta,
Kau tebarkan pada Yang Esa,
Cinta yang tidak akan padam selamanya.
Pernah kita berbicara,
dalam lamunan yang tiada kata,
Antara kita,
Entahkan bila adanya,
Antara kita,
Entahkan bila berjumpa.
hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:01 PM 3 lonjakan suara
Monday, January 11, 2010
Puisi Kasih untuk Dinda

Dinda,
di kala diriku di rantauan,
hatiku sering merindukanmu,
hatiku sering memanggil namamu,
dalam jaga dalam lenaku.
Dinda,
hidup berjauhan denganmu,
ibarat aku hilang arah tuju,
umpama aku hilang segalanya,
kerana dinda peneman di kala sunyi,
kerana dinda penghibur di kala sepi.
Dinda,
diriku terseksa mengharungi hidup,
mahuku pulang segera,
mendapat belas dan kasihmu,
mendamba rindu belai dirimu.
Dinda,
kan kulayangkan sayangku sepenuhnya,
untuk kebahagiaanmu di dunia,
untuk keamananmu di syurga.
Dinda,
kan kudakap rindu kudus kita,
sementara aku di rantau duka,
bertemanlah dinda pada cinta kita,
si kecil yang riang dalam susuk tubuhmu.
Dinda,
kandakan pulang segera,
melerai rindu dakapan lara.
hJ: :)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:04 PM 6 lonjakan suara
Saturday, January 9, 2010
Sketsa 1.1
Pagi itu, segalanya membongkar seribu rahsia. Ah, kenapa akan terjadi pagi itu. Keadaan yang tenang tiba-tiba bingit mencucuk ruang rongga. Aku jadi tidak selesa. Masih terlantar di katil. Sengaja. Tidak upaya aku untuk bangkit dari lena pagi itu. Segalanya memualkan.
Hampir tengah hari. Aku gagahkan juga tubuh yang lemah ini. Pagi itu, berlalu dengan payah sekali.
"Kakak. Kakak!? Kakak di mana?"
"Ya, Min. Kakak dalam bilik air. Ada apa Min?"
"Oh, tak apa-apa. Kakak mandilah dulu ya."
********
"Mak, mak nampak Kak Sheen tak? Dari tadi Min tunggu kakak."
"Ambilkan mak gula tu Min. Tolong kacaukan kuah asam pedas ni."
"Mak, Min tanya lain mak jawab lain pula. Hmm..."
"Kacau sajalah kuah tu."
"Yelah. tengah kacau ni. Mana Kak Sheen ya. Tadi katanya dia tengah mandi. Tapi, kenapa dari tadi Min tak nampak kelibat Kak Sheen."
"Min, jangan lupa letakkan garam ni sikit. Mak nak ke belakang sekejap, ambil daun kelsom."
"Okey mak. Eh, mak. Mak dah tak marah Kak Sheen lagi ya? Asam pedas ni kan, kegemaran kakak. Oh..."
"Sudah, kamu buat saja apa yang mak suruh. Jangan asyik nak main saja."
"Alah mak ni. Orang cakap sikit pun tak boleh. hmm...mungkin mak dah boleh terima kakak. Alhamdulillah, syukur. Eh, mana kakak ni?"
*************
"Tak sabar nak bagi tahu kakak, tentang berita gembira ni. Asam pedas ikan cencaru. Sedapnya. Cari kakak dalam bilik dialah. hmm..."
"Oups! Eh, Min...maafkan kakak. Kakak tak sengaja. Tepi sikit."
"Aduh, sakit punggung. Eh, kakak nak ke mana tu? Kakak tak apa-apakah? Kakak sakitkah? Eh, apa ni?"
*************
"Mak, Min tolong mak angkatkan kain jemuran ni ya?"
"Kenapa anak mak ni tiba-tiba saja jadi rajin?"
"emm..."
"Apa hal tersengih-sengih ni? Kamu ni Min, ada lah benda yang nak kamu minta ni kan?"
"hmm, tak ada apa-apalah mak. Saja, Min kesian tengok mak. Min tolong mak ni, ikhlas."
"Baguslah kalau kamu ikhlas. Tapi susah mak nak percaya, tau."
"Mak tak mau percaya sudah. Min nak tolong juga."
"Ish, Min-Min. Kamu ni sama je macam kakak kamu..."
"Sama? sama apa mak?"
"eh, tak ada apa-apalah. Mak nak naik dulu, kamu habiskan angkat jemuran ni ya."
"Tapi, mak...Mak!"
******************
'Tak sampai hati Min nak bicara pada mak tentang apa yang Min jumpa hari ni. Mak seperti sudah mula mahu menerima kehadiran kakak. Sebenarnya Min tahu, Mak amat sayangkan kakak. 8 tahun terpisah dengan anak kesayangan, pasti rindu mak sudah terubat dengan kehadiran kakak. Tapi, kenapa perlu ada hempedu dalam setiap kemanisan? Ah, kakak...Kenapa?'
"Min...Hei Min. Amboi jauh termenung? Ingatkan buah hati kah?"
"Kak..."
"Eh, kenapa Min nampak sayu saja ni? Min sakit? Min ada masalahkah?"
"Tak kak...Min..."
"Kenapa ni sayang? beritahu kakak, Min tak cukup wang untuk belanja di sekolah? Nanti kakak ambilkan, ya."
"Tak kak...bukan soal wang."
"Jadi kenapa?"
"Kak, kakak muntah-muntah tadi kenapa? Kenapa wajah kakak pucat masa Min jumpa kakak di bilik tadi?"
"Tak...kakak okey."
"Kak, jangan selindung lagi kak. please kak!?"
"Min, kenapa ni? kakak tak ada apa-apa. Kakak sihat. Mungkin kakak letih saja."
"Letih? Kakak letih kenapa? Bukannya kakak ada buat kerja apa-apa pun dalam rumah ni. Semua mak yang buat."
"Min!?"
"Oh, mungkin kakak letih...kakak letih menipu kami kan? Betul tak kak? Betul apa yang Min cakapkan ni bukan?"
"Min, sampai hati Min tuduh kakak macam tu?"
"Sudahlah kak. Buang masa saja Min menangis untuk kakak."
"Min!? Apa bukti Min yang kakak menipu Min? Apa Min? Cakap!"
"Ini! Ambil ni! Sekarang ni, Min tak tahulah bagaimana perasaan Mak kalau dia tahu hal ni. Min sendiri tak sampai hati nak beritahu mak. Sampai hati kakak."
"Min...Min!"
***************
'Ya, Tuhan. Bagaimana ini semua boleh berlaku? Cukup sudah aku berhati-hati menyimpan rahsia ini. Akhirnya, terbongkar juga. Aku pasrah setiap kehendak-Mu, Ya Tuhan. Hanya kupinta, moga Min mendapat sedar akan telahannya itu salah sama sekali tentang aku dan keadaanku sekarang. Moga juga mak memahami situasi aku sekarang ini. Pada-Mu aku bermohon. Berilah aku kekuatan ya, Tuhan.'
Dari beranda rumah, aku berlalu longlai. Bungkusan alat penguji kehamilan aku pegang erat. Bimbang andai ia tercicir di mana-mana. Entah apa pula tuduhan terhadapku selepas ini andai bungkusan ini dijumpai sesiapa selain Min. Dan yang paling aku takutkan ialah Mak. Bimbang Mak juga akan salah faham terhadap situasi yang berlaku sekarang ini.
Kelibat Min di ruang rumah tidak aku lihat. Ke mana dia membawa diri? Siapa pula mahu jadi teman bualku selepas ini? Mak...? Entahkan mak sudah boleh menerima aku?
Langkahku menjadi lemah, tatkala memandang sekeping kad di atas meja solekku. tertulis tinta, 'kak, nak tahu tak? Hari ni mak masak istimewa untuk kakak. Pergilah lihat. Asam pedas ikan cencaru tau. Nampaknya bodekkan Min setiap hari untuk mak terima kakak, sudah mula berhasil. Tahniah kak, permulaan yang manis untuk kakak dan mak. Kakak janji dengan Min, bahagiakan mak selama-lamanya ya. salam sayang, Min.'
Inikah yang digesa-gesa oleh Min tengah hari tadi, sewaktu aku terlanggarnya hingga jatuh. Ah, Tuhan. Berat sungguh perjalananku selepas ini. Bantulah aku. Terima kasih Tuhan, mak sudah mula menerima aku. Tapi dalam keadaan sekarang, bagaimana untuk aku luahkan segalanya? Aku perlu berani dan kuat. Kandunganku tidak bersalah. Aku perlu berani berhadapan dengan semua ini.
"Min..!"
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:47 PM 3 lonjakan suara
Labels: Sketsa 1.1
Friday, January 8, 2010
Buah hatiku
~~saya suka tangkap gambar buah-buahan...ia segar, warnanya cantik, dan sedap. nyum nyum...yeh, saya suka saya suka. ~~ hmm
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:37 AM 0 lonjakan suara
Tuesday, January 5, 2010
Dil Ibadat from TUM MILE

Dil Ibadat Kar Raha Hai
My heart saying a prayer
Dhadkane Meri Sun
Listen to my heartbeats
Tujhko Main Kar Loon Hasil Lagi Hai Yahi Dhun
It keeps chanting I will get you
Zindgi Ki Shakh Se Loon Kuchh Hasin Pal Mein Chun
I will choose few beautiful branches from the tree of life
Tujhko Main Kar Loo Hasil Lagi Hai Yahi Dhun
I will get you
Jo Bhi Jitne Pal Jeeyu
Every moment I live
Unhe Tere Sang Jeeyu
I will live with you
Jo Bhi Kal Ho Ab Mera
Whatever tomorrows I have left with
Use Tere Sang Jeeyu
I will live them with you
Jo Bhi Saanse Main Bharoo
Every breath I take
Unhe Tere Sang Bharoo
I will take it with you
Chahe Jo Ho Rasta
Whatever the road is
Use Tere Sang Chalu
I will walk with you
Mujhko De Tu Mit Jaane
Let me break down
Ab Khudse Dil Mil Jaane
Meet my heart with myself
Kyu Hai Yeh Itna Fasla
Why you are so far
Lamhe Yeh Phir Naa Aane
These moments will not come again
Inko Tu Naa De Jaane
Please do not let them go
Tu Mujh Pe Khudko De Loota
Give yourself to me
Tujhe Tujhse Tod Loo
I will detach you from yourself
Kahi Khudse Jod Loo
Attach it to myself
Mere Jism O Jaan Main Aa
My body and soul
Teri Khusboo Odh Loo
I will fill with your scent
Jo Bhi Saanse Main Bharoo
Every breath I take
Unhe Tere Sang Bharoo
I will take it with you
Chahe Jo Ho Rasta
Whatever the road is
Use Tere Sang Chalu
I will walk with you
Bahoon Main De Bas Jaane
Let me live in your arms
Seene Main De Chhup Jaane
Will get lost in your heart
Tujh Bin Main Jaaun To Kahan
Where shall I go without you
Tujhse He Mujhe Ko Paane
With you I will see
Yaado Ke Woh Nazrane
All the beautiful memories
Ek Jinpe Hak Ho Bas Mera
Of which, only I have right
Teri Yaado Main Rahoo
I will live in your memories
Tere Khwabo Main Jagoo
Will awake to your dreams
Mujhe Doondhe Jab Koi
When someone look for me
Teri Aankho Main Milu
They will find me in your eyes
Jo Bhi Saanse Main Bharoo
Every breath I take
Unhe Tere Sang Bharoo
I will take it with you
Chahe Jo Ho Rasta
Whatever the road is
Use Tere Sang Chalu
I will walk with you
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 8:44 PM 0 lonjakan suara
sketsa 1
"Min tak rasa malu pada kakak?"
"Malu? Kenapa pula, kak? Min sayang kakak. Min rindu kakak."
"Tapi, kakak...kakak dah banyak lukakan hati Min, kakak lukakan hati mak."
"Kak, tiada manusia sempurna dalam dunia ni kak. Alhamdulillah, kakak sekarang dah sedar akan kesalahan yang kakak lakukan dulu. Min sayang kakak."
"Min, terima kasih kerana masih menyimpan sedikit ruang untuk beri kasih dan sayang Min pada kakak."
"Kak, bukan sedikit. Tapi, banyak ruang untuk Min beri kasih dan sayang untuk kakak."
"Terima kasih Min. Tapi..."
"Tapi apa kak? Kenapa kakak bersedih?"
"Tapi...bagaimana dengan mak? Sejak kakak pulang, mak masih tidak bersuara pada kakak. Mak masih marah dengan kakak."
"hmm, takpe kak. Perlahan-lahan pujuk mak. InsyaALlah, lama-lama nanti mak sejuklah tu, ya kak. Kakak jangan risau. Min akan bantu kakak, ya."
"Terima kasih Min, terima kasih."
"Kakak ni. Dah senyum ya. hmm, jom kita keluar. Mungkin mak ada di halaman, menyapu daun kering. Boleh berbual-bual dengan mak. Mari kak."
kami berlalu menuju ke ruang halaman rumah. Sayup-sayup di tepi jalan mak sedang menyapu daun-daun kering dan mula mengumpul untuk dijadikan unggun api. Mak, adakah dia masih mahu menerima anak yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dahulu? Ah, Min. Kakak gugup untuk berpandang mata dengan Mak. Maafkan Seen, mak. Terlalu banyak dosa ini perlu ditanggung, gara-gara tidak mendengar kata-kata mak dahulu.
Langkah yang diatur semakin perlahan. Min menoleh sayu kepadaku. Lalu dia menarik tangan ini supaya lekas menghampiri mak. Bungkam. Kesenyapan mak buat aku terus memandang tanah, tanpa aku sedar ada linang air mata yang jatuh merebak pada rekahan tanah yang tidak menerima hujan beberapa musim ini.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:20 AM 0 lonjakan suara
Labels: Sketsa 1
Sunday, January 3, 2010
Yang dibawa pulang
Yang berlalu semalam hari. Jalan-jalan cuci mata kononnya, tapi apa sudah jadi, bila pulang bawa banyak barang... hmm, antaranya:
(4 helai selendang baru...)
(skirt ala2 kajol sehelai sahaja)
(sehelai blouse untuk mak saya)
(tak sah shoping kalau takde bawa balik buku, majalah atau apa2 yang boleh dibaca, pilihan kali ini ialah 'e-siswa', dan beg sandang warna hijau akan digalas ke kuliah setiap hari)
......Alhamdulillah, berbekalkan sedikit tenaga tubuh dan wang, dapat juga sampai ke Jalan Masjid India dan sekitarnya- SOGO...memiliki setiap barang yang tertera ini sebagai hadiah untuk diri dan ibu....syukur pada Tuhan, terima kasih Tuhan.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 3:10 PM 0 lonjakan suara
Friday, January 1, 2010
Menu tahun baru 2010
Sekitar malam, yang masih hangat dibasahi hujan renyai...kata hindi hujan renyai ialah rimjhim... sedapnya dapat makan ikan keli masak sambal berlada, tak kiralah hijau atau merah ladanya.
buat magik: tutup mata + bayangkan ikan keli sambal berlada + megi tanpa kuah
dalam beberapa minit tiba-tiba plastik merah di tepi dinding bising gemersik, oh...magik menjadi. Ada seekor ikan keli yang tidak diketahui jantinanya tersadai meriah dengan pupukan sambal merah campur hijau. wah, terliur sekali.
okey, turunku ke dapur sambil membimbit sebungkus mee megi letup dan plastik merah tadi, hati-hati mengatur langkah. Bimbang ada mata memandang, nanti mereka mahu ngecek pula kata orang Johor. senyum. Lapang. tiada sesiapa di dapur. Mulakan dengan menjerang air dalam pemanas air, sambil tunggu air didih, baca beberapa helai artikel yang diberi Dr.Saiful untuk diringkaskan kepada 3 muka surat sahaja. Sahaja.
tik! oh, air sudah didih....hmm, sediakan lembutkan megi dalam bekas biru. selesai. Angkat mee nya sahaja. Sahaja. dan sedikit air sebagai kuah. Sedikit sahaja. taburkan rempah kari letup secukup rasa. dan hidangkan. Oups, jangan dilupakan ikan keli tadi. Angkat perlahan-lahan dan susun dalam pinggan. Susun. :)
yeh, ready untuk makan. hmm...baca doa dulu, ye.
Siap! Erk, Alhamdulillah. berapi pedasnya sambal ikan keli ni, tak sangka mengalir air mataku. uhuk!
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:20 PM 2 lonjakan suara
Motivasi Diri

'Jagalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan ada di hadapanmu. Perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar/ senang, nescaya Dia akan mengenalimu pada saat kamu dalam kesulitan. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah.'
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:03 PM 0 lonjakan suara
Irama 'Pergi' untuk sayang

Sebelum lena menutup bibir mata, dendangan Pergi yang terlontar halus dari bicara Aizat bergema sayup...Lirik dan lagunya berhembus pawana rindu, kepada insan yang semakin hari hampir tanggal pernikahannya.
'Kau Pergi...Pergi...' korus terus berdendang. Tak lupa akan kenangan yag tercipta. Walau sebentar cuma, namun indahnya kan tetap bersama. Selagi hati ini masih belum dimiliki dan akan dimiliki. Kenangan manis dan kurang manis kan terus tersimpan menjadi irama indah dan terus bergema, walau sayup meninggal rasa.
Selamat tinggal, sayang. Kurelakan engkau bahagia bersamanya. Pergi...ku pergi.
Tinggal aku dan suara Aizat bersama petikan gitar dan biola mengalun irama sayu. 'Sepi tanpa kata...' biarlah engkau bersama kasihmu. Moga ada indah di sebalik segala yang tersurat dan tersirat kurniaan Ilahi ini.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:48 AM 5 lonjakan suara
Wednesday, December 30, 2009
Lentera Bunga Purnama
Sayup azan menggegau telinga,
sapaannya penuh sayu,
melaung seruan Ilahi,
pada insan bergelar hamba-Nya.
Gegeran hati,
memaut rasa rindu,
mahu bertemu dan sujud kepada-Nya,
apakan daya,
Masih dilindung bulan purnama,
kekal mengalun zikir dan doa.
Pada hati nan suci,
cekal menggigit nubari,
Moga nanti bertemu kembali,
dalam sujud menyembah Ilahi,
kan melaksana setiap seru janji.
Pada laungan azan lagi,
geger hati terus memaut rindu,
Sujud pada-Mu dinanti selalu,
Menghitung waktu kitar bulan kan berlalu,
Zikir dan doa terus berlagu.
hJ
30 Disember 2009
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:10 PM 0 lonjakan suara
Tuesday, December 29, 2009
dengan izin-Nya

Sebelum lena berbicara,
terbit suatu perasaan indah,
tatkala mata tidak mahu lagi pejam,
sementara meninggalkan dunia,
dengan izin-Nya.
dengan izin-Nya,
kenangan menitip bicara,
mengenal ayah dan bonda,
memeluk halus tubuh kakak,
menyisip sopan jemari adik,
bahagia tiada peri.
bahagia tiada peri,
tatkala memori riang berbicara,
ayah dan bonda senang memberi senyum,
kakak tenang menyambut berita gembira,
adik berjaya mencari arah,
PMR yang satu,
ditempuh tabah dan usaha,
hasil yang marak,
menebar mekar harum indah maruah keluarga.
Harum indah,
dengan izin-Nya,
adik menggondol anugerah,
ungkapan tahniah selaut bahagia.
Memori indah terus berbicara,
adik kini mekar dan berjaya,
kakak bahagia menghulur madah indah,
ayah dan bonda menadah kepada-Nya,
mengucap syukur tidak terhingga.
dan adik,
binalah jaya dengan tabah,
atas izin-Nya,
lunakkan mekar hadiah,
doa ayah dan bonda,
doa kakak setia,
pada adik yang menggunung harap impian.
hJ.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:05 AM 3 lonjakan suara
Monday, December 28, 2009
Pada awal
Seawal 6.45 pagi, walau terasa sudah lewat untuk menunaikan fardhu keatas-Nya, dia lantas bergerak hebat ke kamar mandi. Tepat jam 7.15 pagi segalanya selesai dalam kadar sederhana laju. Alhamdulillah, masih lagi Tuhan memberi dia kesempatan untuk terus menjalani segala nikmat di dunia ini, tanpa dia lupa akan dunia-Nya yang lain. Syukur.
Kuliah am 8 pagi dihadiri tepat pada masa. Biru pilihan hatinya hari ini. Dalam langkah menuju jalan ke kelas, dia tersenyum sebagai alas kepada lelah yang mengejar waktu. Sudah ada misi untuk sampai ke kelas sebelum pensyarah masuk, dan dia berjaya lalu dirayakan dengan senyuman manis yang panjang.
Kuliah berjalan lancar. Seperti biasa lontaran soalan daripada pensyarah yang suka menduga pelajarnya, tidak lekang tersua. Dia juga dijadikan pilihan untuk mengungkap setiap jawapan. Ada yang dapat dijawab, ada juga yang tidak. Sebulan sudah otak dan benak direhatkan sehabis-habisnya, beginilah aksi setiap kali bermula semester baru. Ada yang menggaru-garu, dan ada juga yang bersemangat waja melontar jawapan, walaupun salah. Tidak salah mencuba. Bukan dimarah pun, sekadar memenuhi tuntutan keyakinan untuk bersuara.
Kuliah kedua, agak melenakan. Tekad untuk tidak lena berjaya diatasi.
*****************
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:58 PM 0 lonjakan suara
Tuesday, December 22, 2009
instrumental diri dan hati
Pernah suatu hari dia bercerita padaku. Katanya, demi sayang dan cintanya dia rela menanggung seribu duka. Dia rela terdampar dan hanyut dalam segala luka. Dia pernah bermohon agar duka dan luka menetap dalam dirinya, supaya dia tetap akan bersama insan yang disayanginya itu. Namun, Tuhan tidak merelakan segala duka dan luka yang diminta olehnya, dia hingga kini masih merasa nikmat bahagia dan sempurna. Alhamdulillah.
Pernah juga suatu hari dia meluahkan perasaannya padaku. Bicaranya berbaur rindu dan pilu. Dia sukar menahan segala gejolak perasaan itu. Dia menangis dan meratap sayu, pada balik helai-helai kertas putih, dia mencoret segala resahnya. Moga dia beroleh ketenangan dan sentiasa aman.
Esok harinya, dia akan pulang bersama keluarga. Insan-insan yang disayangi dan dicintai dan dikasihinya. Dia kulihat bahagia, walau sedikit resah bersarang dalam dada. Tidak mengapa, kuyakin dia tabah mengharung segala lemah dan godaan jiwa. Dia kuat. Aku tahu.
Sebelum pulang, dia menoleh kepadaku. Pada wajahnya ada seri, walau kulihat ada manik-manik halus bersinar di matanya. Dia menangis. Ah, mungkin saja itu tanda tangis gembira daripadanya. Ya, tangis gembira. Aku relakan kepergiannya bersama keluarga yang disayangi, dicintai dan dikasihinya. Dia berlalu dalam senang.
Suatu ketika, hatiku berdetik menyatakan, alangkah bahagianya jika hati punya ketabahan menanggung segala resah. Alangkah nikmatnya jika jiwa sama-sama kuat berpadu tenaga, membantu hati terus dilamun kekuatan melawan resah.
Sememangnya hati dan jiwa sama-sama berpadu memasang segala kekuatan. Hasilnya, air mata tetap jua mengalir. Itu tandanya resah dibantu untuk selesai ke akhirnya. Adakalanya air mata gembira mengalir kerana memperolehi kesenangan dan adakalanya air mata yang gugur terhampar akibat hati dan jiwa yang gagal mendapatkan kesenangan.
Namun segala usaha masih tetap dihargai, yang duka tidak selamanya akan terluka. Tuhan telah memberi suratan bahawa perjalanan yang masih ada untuk hamba-Nya mengenali duka dan suka sebaiknya. Air mata duka berganti rasa suka dan tiada lagi hiba. Segala pilu, dan sendu yang dulunya mengurung duka jiwa, menjadi sempadan agar diri tetap berpegang kepada iman. Mengakui Qadak dan Qadar sebaiknya.
..ketika mendapat khabar, bahawa dia kini gembira, aku juga merasakan sukanya. Walaupun tempoh yang diberi pinjam oleh-Nya hanya seketika, dia tetap merelakannya. Katanya, dia akan perteguhkan hidup dan hayat yang diberi pinjam ini sebaiknya. Duka dan suka dinikmati bersama kalam Tuhan yang Maha Esa. Moga begitu sentiasa dan keakhirnya...
"terima kasih sahabat. Maksud hidupmu begitu memberi aku inspirasi untuk terus menghadapi gejolak rasa dan resah dunia. Moga syurga menjadi milik kita, dengan Hendak-Nya. Amin."
Prinsip hidupmu: "Tidak selamanya kita akan ada di dunia ini, hargai dan jalani segala hayat yang ada sebaiknya, moga iman kekal bersama, membawa kita ke syurga Ilahi."
..nyaman petang itu, kuhayati segala nurnya. Penuh keinsafan dan aku berdoa agar segala perjalanan hidupku di dunia ini, membawa redha Ilahi, dan nikmatnya dapatku tebarkan pada insan-insan yang aku sayangi...
hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:51 PM 1 lonjakan suara
membaca,
pada kulit dan tajuknya,
tertarik dan terus memilih,
untuk dikunyah bahasa,
dan dilumat sehingga hadam kejap.
~dengan awal lafaz basmallah, mula bicara terus santun mengikut rentak irama bahasa dan lenggok tulisnya~~ moga menjadi ilmu yang benar dan bermakna. sehingga itu, mula menilai, kebenaran dan makna yang sebenar untuk dijadikan panduan dan amalan hidup~
hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 8:28 AM 0 lonjakan suara
Monday, December 21, 2009
dia kan tetap berseri
semalam,
berlalu indah suatu pagi,
tika mentari mula tersenyum,
dan bulan masih segan untuk pergi,
terpancar sinar pada wajah,
berseri disapa bayu,
harum dilamun rindu.
hari ini,
berlalu indah sang pelangi,
menitip khabar gembira,
tersenyum riang pada wajah,
bersinar dan berseri,
harum terus mewangi,
disapa rindu lagi.
kini dan semalam,
akan pasti datang lagi,
dalam khayal dan lamun indah,
semerbak harum mewangi,
tersebar terus pada hati,
yang menyayangi,
yang mengasihi,
dan yang mencintai.
sesungguhnya,
dia kan tetap berseri,
untuk hari ini, dan
semalam yang berlalu pergi.
hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:41 PM 0 lonjakan suara
lirik lagu cipta sendiri, nyanyi sendiri... tentang kasih yang pergi dan rindu
semenjak kau hadir dalam hidupku, raga dan kalbu jadi tidak menentu, kurindu kurindu, padamu selalu. kau hadir tanpa kuduga, menyeri duka dan nestapa, kau beri riang dan tawa padaku.
semenjak kau hadir, aku menjadi rindu, untuk bertemu dan bersamamu, selalu di hatiku, kau yang satu, tiada dua, hanya kau yang satu.
kekasih, aku merindu dan merindu, kehadiranmu, dan keakrabanmu. kekasih, jangan kau tinggalkan diriku, kekasih aku rindukanmu.
malam ini, kau tiada aku juga pergi, sendiri dan sepi, cuba mencari-cari. Jauh, kau pergi, tinggalku sendiri.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:49 PM 1 lonjakan suara
Monday, December 14, 2009
yang indah boleh dikejap selamanya...melalui cara kita mengenanginya.
"Pelangi Petang untuk dia...untuk kita semua. kamu rasa?"
"Lebih dari rasa, saya menyelaminya sedalam-dalamnya."
"wah, bersungguh betul kamu ya!?"
"Pastilah. itu lagu kita kan?"
"hmm...tersengih-sengih. apa ya makna lagu tu buat kita?"
"saja mahu menduga ya?"
"hmm...ya...saya sengaja."
"kamu ni, tersenyum saja. Indah saya lihat senyuman itu. kekalkan, ya!"
"Sudah. Jangan banyak memuji. Cepat khabarkan pada saya, apa makna lagu itu pada kamu?"
"segala yang indah,
segala yang indah,
segala yang indah,
walau kita mahu milikinya,
walau kita mahu milikinya,
kita hanya mampu mincintainya,
dan kita hanya mampu menyayanginya,
dan kita hanya mampu mengasihinya,
sepenuh hati,
sepenuh jiwa,
sepenuh rasa cinta dan sayang."
"indah bahasa dan makna kamu. terima kasih."
"Senyuman kamu indah, Kekalkan ya!"
"saya boleh kekalkan, tapi segalanya terpulang pada Pencipta kita."
"Maksudnya?"
"kita tak selamanya kekal. Entah bila kita akan dipanggil-Nya."
"Yalah. walau apa pun, saya akan tetap menyayangi dan mencintai kamu. Selama hayat kita. ya."
"terima kasih memahami saya. terima kasih menerima saya seadanya. hmm..."
"Ini penawar kamu. kita hadapi dugaan dan cabaran ini sama-sama. moga kamu disembuhkan oleh-Nya. Pelangi Petang untuk kita bersama."
kami berlalu dalam iringin senyuman. Walau pahit untuk dia rasa, temannya akan sentiasa bersama. dan takkan pernah meninggalkannya walau sekejap. kenangan indah yang ada, akan sentiasa dikejap dalam ingatan dan senyuman. walau tidak selamanya unutk dimiliki, pasti akan ada masa nanti kita bersama lagi. segalanya kami serahkan pada Allah, Maha Pencipta kita.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:54 PM 0 lonjakan suara


