BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 1, 2010

Irama 'Pergi' untuk sayang


Sebelum lena menutup bibir mata, dendangan Pergi yang terlontar halus dari bicara Aizat bergema sayup...Lirik dan lagunya berhembus pawana rindu, kepada insan yang semakin hari hampir tanggal pernikahannya.

'Kau Pergi...Pergi...' korus terus berdendang. Tak lupa akan kenangan yag tercipta. Walau sebentar cuma, namun indahnya kan tetap bersama. Selagi hati ini masih belum dimiliki dan akan dimiliki. Kenangan manis dan kurang manis kan terus tersimpan menjadi irama indah dan terus bergema, walau sayup meninggal rasa.

Selamat tinggal, sayang. Kurelakan engkau bahagia bersamanya. Pergi...ku pergi.

Tinggal aku dan suara Aizat bersama petikan gitar dan biola mengalun irama sayu. 'Sepi tanpa kata...' biarlah engkau bersama kasihmu. Moga ada indah di sebalik segala yang tersurat dan tersirat kurniaan Ilahi ini.

5 lonjakan suara:

Shukri Mohd Ali said...

sedihnya. huhu. 'pergi...'

ya, moga2 ada yg terindah di sebalik semua ini... =)

hasni Jamali said...

terima kasih Shukri,

'Pergi' suatu yang membawa kesedihan kerana kenangan yang ditinggalkan. Biarlah ia pergi dengan rela, dan bahagia bersamanya.

dengan izin Tuhan, akan ada yang terindah di sebalik semua pemberiannya ini.

NiNa' said...

sedihnya..
memang kena tepat kat batang hidung ni..huhuhuhuhuhuhu

nak copy bleh?

hasni Jamali said...

nina: boleh copy, tapi sertakan nama hasni Ijmal ye... :)

hasni tulis sbb dia still call lagi dan hasni dilarang angkat call dia.uh... :(

NiNa' said...

Boleh.. no hal kay hasni..

nina da delete sume tentang laki tu.. =D..