BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 27, 2009

maafkan aku,

rakan,
maaf dari mulut dan hati ini,
kau hanya rakan,
yang kurang menjaga hati,
kau juga rakan,
yang kerap menyakiti.

rakan,
janjiku terhakis kerana sikapmu,
sedar dalam sedar,
kau masih lagi melukai,
hati dan perasaan rakanmu ini.

rakan,
dan malam sering berlalu,
tanpa rasa akrab lagi,
persahabatan masih jauh,
buat aku dan dirimu,
kau hanya rakan,
maafkan aku.

4 lonjakan suara:

Isma Ae Mohamad said...

Salam,
Seperti kecewa sahaja..
Saya ini juga penggemar puisi ( hanya penggemar).

hasni Jamali said...

salam mesra Isma Ae,
ya, saya diselubungi kekecewaan,
ttg dia seorang rakan,
itu saja.

saya juga gemarkan puisi,
dan mencipta puisi. alhamdulillah.

NURUL AIN BINTI AZMI said...

salam, sedang kecewa ke?
sape yg buat hasni
sampai sedih cam2?
sabar k...
kak ain doakan hasni hapy selalu

hasni Jamali said...

kecewa itu sudah berlalu, dan biarlah ia terus berlalu. tak mahu dikenang lagi. cukup sekadar ia terluah di sini.