BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 17, 2009

indahnya khayalan...surat cinta


bersama lagu "Pyaar Ki Ek Kahani" dari filem Krissh... jauh aku melontar khayalan. sesuai benar dengan judulnya yang aku fahami, "Sebuah kisah cinta"...asyik sungguh.

dan tika bibir turut bergerak rangkap demi rangkap, mengikut rentak irama romantis, terkenang saat di bangku sekolah. waktu kecil yang indah dengan kisah-kisah nakal. salah satunya, surat cinta. (hanya tersenyum mengenang kisah ini).

kini, surat cinta itu aku rindui, kerna masih di sini. di hati pada satu belah. menanti balas (si pencuri hati- mungkin masih dalam mimpi)... hmm, indahnya khayalan! (lontaran lembut suara hati).

8 lonjakan suara:

hasni Jamali said...

teringin nak berbalas surat...hmm, ada lagi tak sistem tulis surat? ada...tapi nak tuju pada siapa...hmmm..

Ungu Izz Khan said...

tuju pada kanda...
pasti kanda balas...

satu saat dulu rajin berutus surat..
sewaktu rakan seperjuangan menempatkan diri di USM..

mase tu kanda keje..huhu so hanya surat dilayangkan.. mase tu xtau pon pasal YM lah.. fs pon xde..hehe

indah saat tu..

surat2 lama masih tersimpan kemas dirumah...
ntah bila ingin di buka dan baca kembali..
sudah bertahun lamanya..

hasni Jamali said...

wah, sudah ada penerima surat yang sudi berbalas...hmmm, lepas ni penatla posmen, duk hantar surat tiap-tiap hari.

Ungu Izz Khan said...

hehehe..
kerja tetap kerja kan...
name pon posman..
hehee...

aku dan kehidupan said...

wah, nampaknya saudara sudah dilamun cinta ya...

hasni Jamali said...

bukan dilamun cinta. tetapi luahan kasih mesra...syed pula bgaimana?

Chempaka Aizim said...

hasni,
cantik sekali gambar sisipan. jealous i! terima kasih kerana bertandang di blog sy..

hasni Jamali said...

ya, aisya...terima kasih, kerana sudi merangkak ke mari....