BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 23, 2009

suara hatiku, "aku pilu"


dalam riuh rendah suara di lapangan itu, aku duduk dan memerhati sekeliling. dudukku bukan saja sekadar melepas batuk di tangga, walau benar aku duduk di anak-anak tangga namun hanya membisu tanpa kata.
satu demi satu wajah aku lihat, masing-masing gembira, bermain dengan perasaan sesama sendiri. dan aku, masih setia melihat dan meneliti. ada beberapa daripada mereka, menegur aku seikhlas hati dan ada juga acuh tak acuh. ya, hati manusia. sukar dimengerti. aku hanya memberi andaian dari suara hati yang menyatakan begitu.
hingga satu ketika, saat lensa mengetik cahaya, sekali lagi jiwa acuh tak acuh mereka menusuk naluri hatiku. suara hatiku lagi berbisik, "aku pilu" "aku benar-benar pilu".
suara hati tidak pernah lepas dari jiwa ini, dan hanya dia menemani di kala suka dan duka, kerana suara hati yang menyatakan segalanya. "aku pilu diperlakukan begitu. walau apa pun, aku ikhlaskan segala jerih letih, titis-titis peluh dan sedikit air mata, kejar-kejaran aku menghambat masa untuk mereka, dan jerit tekak menghimpun mereka, dan segala peranan kecil ini. tidak mengapalah jika aku tidak dilayan sebaiknya, mungkin ada rasa seksa diarah itu dan ini. mungkin."
suara hati berbisik lagi, "hasni, ikhlas itu penting, luahan ini bukan membangkit namun hanya membuat engkau puas dan lega. derita dalammu hanya aku yang setia mengambil tahunya. berdoalah selalu, agar mereka mengerti denganmu yang mahukan segalanya lancar dan berjaya. hargai mereka selagi dirimu masih mampu. dan berfikir sentiasa ke arah positif."

aku, "terima kasih kerana suara hatiku sudi menyatakan yang positif. akan aku cuba senangkan semua, biar perit hati ini terubat sendiri dengan lafaz ayat-ayat suci dari DIA. ya, begitulah sebaiknya."

kata bukan akhir suara hati, "tabah dengan kekuatan imanmu, hasni. usah pilu lagi. sucikan hatimu ini dengan tindakan positif, ya! amin."

4 lonjakan suara:

iLHam UyaiSHa said...

hey kekanda sahabat,
ayuh bangun dari pilumu. bukan kamu sahaja yang merasainya. diri ini juga ibarat mahu menggapai yang tujuh puluh itu sendirian melihat yang lain yang sebegitu..

jangan ambil hati dengan telatah mereka. pasti, hari nanti semuanya akan berjalan lancar. kuatkan peganganmu , tinggal beberapa detik sahaja berakhirnya semua ini...

:)

Putera Cinta said...

dinda pasti mampu memikul segalanya dengan baik.
percayalah akan diri dinda.
dugaan pati datang tanpa kita undang.

dinda pasti berjaya.
disini ada doa untuk dinda.
bangkit wahai dinda......

hasni Jamali said...

hai aisya, terima kasih kerana sudi menyelami perasaan ini. pengarah. mungkin hanya pada nama. tapi takpelah, sy akan lakukan yang tebaik. teruskan usaha hingga ke saat akhir. jiwa ni lembut sangat, mudah tersentuh pada sekecil lakuan mereka. itu ragam dan asam garam kehidupan. kelak lagi mencabar yang perlu saya tempuhi.

apa yang saya minta, jgn ada sesiapa memberi kata benci apda saya. berat sungguh kata itu. maklumlah Pengarah. kerjanya memang menyesakkan otak2 orang lain.

semoga kalian faham, apabila tiba keadaan tegang saya pada kalian, ya. tidak bermaksud mahu marah atau segala yang duka, hanya menjalankan tugas demi kejayaan bersama.

terima kasih juga memberi kerjasama sebaiknya. maaf dari saya andai ada terguris rasa.

hasni Jamali said...

terima kasih kanda, dinda amat bersyukur sekali, punya suara hati yang sentiasa membisikkan kata positif. alhamdulillah.

terima kasih atas doa kanda, moga dinda berjaya tempuhinya. amin