ahad petang, laparku disambut suatu berita kurang enak. kiriman sms daripada kanda, cukup membuat aku tersentak, dan hiba. ibunya telah tiada. pergi dijemput Ilahi. aku mengucap tanda takziah dan cuba mententeramkan kanda. aku faham, sukar untuk menerima kepergian insan yang disayang. entah bagaimana pula jika aku berada di tempatnya. tidak mahu aku, aku sering memohon kepada-NYA. biarlah aku yang pergi dahulu sebelum mereka.
kanda, bersabar ya. semoga ibu kanda ditempatkan bersama insan2 yang dirahmati-Nya. dan kanda, teruskan perjuangan ini. dinda sentiasa bersama kanda, selagi ada hayat dan kemampuan dalam hidup ini, akan dinda terus bersama memberi sokongan kepada kanda.
al-fatiha untuk ibu kanda. amin.
Tuesday, March 31, 2009
kesedihan, dan pemergian.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 lonjakan suara:
salam..ziarah..
al-fatihah..moga rohnya mendapat tempat yang terindah di sisi Allah swt..amin.
salam,
terima kasih anak laut.
terima kasih dinda...
kanda sangat terharu dengan keperihatinan dinda pada kanda..
kanda akan cuba untuk tenang dan sabar menerima takdir Allah yang Maha Hebat ini.
kanda yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi para hambanya.
InsyaAllah kanda akan teruskan perjuangan hidup ini dengan penuh semangat..
InsyaAllah dinda..
InsyaAllah.....
sama-sama kasih kanda, itu lah yang dinda sering harapkan dari kanda, semangat yang baru. pemergian ibu kita iringkan selalu dengan doa ya.
Post a Comment