BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 16, 2009

ada tautankah dengan kisah semalam?

semalam saya berjalan sendiri, menyelusuri anak-anak tangga yang curam menjunam. sambil kaki galak melangkah satu per satu, saya terpaku lagi pada satu bayang. jika semalam saya kaku melihat gaya seorang lelaki yang tegap berdiri di hadapan saya, tetapi hari ini menyatakan kelainannya.

dia seorang perempuan muda. mungkin sebaya saya. dia kelihatan agak letih. bibirnya putih. langkahnya tidak menentu, sebelah tangannya mengurut dahi sebelah tangan lagi menekan-nekan perut. 'Ah, kenapa dengannya!?' tika ini, saya keseorangan di samping dia yang tidak jauh dari langkahan saya.

bila saya lihat dia hampir rebah ke tanah, lantas saya turun dengan lajunya dari atas tangga. langkahan tidak saya jaga, hampir saja mahu tersembam ke bumi. akhirnya saya sempat menyambut perempuan muda itu. 'Subhanallah' matanya memukau saya. alisnya pekat, cantik. tidak pernah saya melihat mata seindah itu. saya memangku dia dalam dakapan saya. dia kelihatan sangat lemah, layu.

saya bawa dia ke tepi, dudukkannya di ruang kaki lima berhampiran. zip beg ditarik, dan saya keluarkan botol berisi air putih. berselera dia minum, namun hanya seteguk. dia kelihatan tercungap-cungap menahan nafas. keadaannya kembali pulih apabila saya sapukan sedikit air yang direnjis ke telapak tangan ke mukanya. 'alhamdulillah' dia semakin tenang.

sedang saya sibuk memasukkan botol air tadi, terasa hangat tangannya menyentuh lengan saya.

"terima kasih. kamu selamatkan ana dan bayi ana." dia menyalut lembut perutnya.

"kamu hamil?" dia mengangguk. "tapi kenapa kamu berseorangan di sini? baju kamu..." saya menuding ke arah jubah yang dipakai, terdapat kesan koyak di lengan dan paha. sedikit cariknya.

"Dengan izin Allah, kamu selamatkan dua nyawa. Moga rezeki kamu kan sentiasa ada di mana-mana. Ana minta diri dahulu." sekali lagi saya terpukau pada senyumannya. sangat manis. walau derita menghambat dia dan bakal bayinya.

"dia hamil!?" tiba-tiba saya tersedar, apabila datang suatu hembusan angin. bertiup kencang ke telinga saya. hanya sepintas lalu. "tidak sepatutnya aku biarkan dia pulang sendirian. Ah, dia sudah hilang. ke mana dia?"

1 lonjakan suara:

Putera Cinta said...

erm.....
susahnya nak sambung... hehe
arini xde idea lah...

cerita nampak menarik...
sang penulis aje lah teruskan...
hehe....