BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

Penulis lagi!!!



Jumaat 10 Julai 2009.

deringan panggilan daripada Dr.Mawar cukup mendebarkan. dalam keriuhan kelas yang setia menanti pensyarah Kursus 'Pembangunan Produk Pelancongan', aku digesa untuk ke majlis bersama penulis, Maskiah Masrom.

aku datang hampir 1/2 jam sebelum habisnya majlis tersebut atas kehadiran kelas yang tak dapat dielakkan. hmm, bertemu lagi dengan penulis. aku rasa sangat bertuah dapat mendengar pengalaman Pn.Maskiah dalam beliau menghasilkan novel dan cerpen. sememangnya NYANYI SUNYI amat mencabar pemikiran dan semangat.

pengalaman yang aku timba, untuk menulis...pengetahuan, kajian, minat, kesungguhan dan kebenaran amat penting. KREATIF juga penting bagi memberi didikan dan hiburan.

aku sempat juga bergambar dan bermesra bersama penulis yang hadir. dan juga membeli 2 buah buku hasil karya Maskiah Masrom iaitu JANJIKU PADA MASTIKA dan JALAN SERIBU LIKU. sempat juga meminta tanda tangan....terima kasih Puan.

: no telefon pun ada juga. :-)

turut hadir penulis Nisah Haji Haron dan beberapa yang lain. (aku juga mungkin bakal penulis. insyaAllah. amin.)

2 lonjakan suara:

sayang kamu... said...

amboii...syg sekali sy x dpt pergi ke bngkel sastera pn. maskiah masrom.. hasni, sy pnggil pn. maskiah sebagai ckgu..tetapi sy mengarang tak sebaik kamu. sy hanya biasa saja, tetapi mahu lakukan yg terbaik. "nyanyi sunyi" amat menarik, setiap hari selasa kita dapat menatap sambungan ceritanya..sungguh menarik!

Anonymous said...

Salam Hasni. Kak Asma mohon sedikit informasi dari Dik Hasni. Bagaimana untuk mengetahui tentang bengkel-bengkel bersama penulis atau bengkel-bengkel sastera yang lain? Kak Asma amat berminat untuk menghadirinya. Jika tidak menjadi kesusahan buat Hasni, boleh tak Hasni emailkan informasi tentang bengkel seperti ini pada masa hadapan di asmafadila@pts.com.my. Moga Allah memberikan balasan terbaik buat Dik Hasni kelak. Amin