BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

panggilan darinya. seketika tadi.

dan, sebentar tadi...selepas beberapa detik panggilan darinya, dia terima.

dirinya bertanya khabar. katanya itu demam rindu. dia hanya senyap di hujung talian, dan beberapa detik sahaja mengeluarkan bicara. dia biarkan dirinya bicara lama, tanpa sebarang tanya atau celahan.

dia membisu, namun ada juga sedikit bicara buatnya. beberapa minit kemudian, dirinya minta laluan meletakkan panggilan. ada tugasan lagi mahu disambung. dia akur.

akhir kata darinya, mengucap kata rindu. dia juga membalas kata rindu yang sama. ada juga selingan kata sayang darinya. namun dia tidak menurut kata sayang itu. hanya dibiarkan bisu ditalian.

dirinya faham, dia masih kuat tidak mahu menyebut kata sayang. ada nada sedih darinya. namun tidak kurang juga dia. kerana dia, bukanlah sempurna. takut menyata sayang di bibir, sedangkan hati...masih keliru dengan ucapan itu.

dia menanti dirinya mematikan panggilan. terdengar bunyi sepi di hujung talian. dia juga meletakkan telefon di sisi dan bermenung seketika, sambil mengeluh akan tubuh yang masih hangat, dan pinar pandangan.

6 lonjakan suara:

Putera Cinta said...

terasa sedih bace kisah ni,,,

apepon, semoga semuanya baik-baik saja..

semoga masing-masing diberi peluang dan ruang..

InsyaAllah ada jalan yang terindah..

Anonymous said...

adik..rasa rindu itu adalah indah bila merasakan keindahan rindu dan kasih dalam keihlasan....

kerinduan dan sayang adalah lafaz suci yang ada dalam hati yang lapang dalam merindui dan menyayanginya....

ada orang rindu dan sayang adik, mereka adalah orang yang adik rindu n sayang....

Putra said...

terharulak baca ni.. , klu benda ni betul2 terjadi kat HJ, hafiz doakan segala benda2 yang tersimpul tu, dapat dileraikan dengan baik, insyaallah dengan izin allah

hasni Jamali said...

InsyaAllah kanda. terima kasih.

hasni Jamali said...

kakak, adik bersyukur Allah kurniakan akak kepada adik. walau hanya jalinan hubungan tanpa darah yang sama.

terima kasih segalanya kerana ambil berat ttg adik. insyaAllah adik semakin pulih hendaknya. amin

hasni Jamali said...

hafiz, terima kasih. moga segalanya berjalan lancar. ya, memang benar kata2 org...bukan senang untuk disayangi, namun mesti dan perlu kena pada caranya. hJ hanya menanti kata Ilahi, andai ada talian jodoh dia dengannya.