BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

Ke manakah

Tarik nafas dalam-dalam, dan lepas... Moga hilang satu beban berat dalam otak.

Alhamdulillah,

di kala senja mula meninggalkan merahnya, di sisi jendela saya menaip tinta hari ini. Hari ini seperti hari-hari biasa, mengharung onak kata-kata. Syukur, masih ada sabar dalam diri melawan segala duri bicaranya.

Alhamdulillah,

hari ini juga sedikit istimewa daripada biasa, selain menerima sakit perut yang luar biasa hingga asyik ke tandas berulang-ulang. Sakit itu istimewa juga bukan? Kurniaan Ilahi untuk menghapus dosa-dosa kecil. Perkara yang mahu dikisahkan tadi, saya ratu masak memasak yang paling rendah dalam carta keluarga. Carta keluarga saja, k. Tapi hari ini terbuka hati untuk masak sepenuhnya di dapur. Wah! menjadi juga. Main masuk dan campak segala bahan yang saya rasa hanya saya yang tahu. Ikut bayangan dalam otak. Syukur juga masakannya sedap. Sempat lagi dapat nasihat daripada ayah,

"namakan aje lah makanan tu dengan menu sendiri. Ingat chef2 terkenal tu tau ke bahan2 semua tu, mana tahunya, main campak2 je dah sedap." berbunga hati.

Moga perkara2 gembira terus berlaku. Perkara2 yang sedih bukan diminta pergi, sesekali datang ditangani sebaik mungkin. Moga juga, hati ini dipelihara segala sifat mahmudah. Amin.




Ke manakah? adalah judul itu. Sekelumit kisah ke manakah ini, hati menyatakan ke mana pula saya selepas ini. Sudah mula mencari-cari kerja. Berkhidmat dengan usaha tenaga sendiri. Segala yang baik sebagai bonus dan bekalan di akhirat, segala yang tidak baik moga jadi panduan dan pembetulan untuk harung kehidupan yang mendatang.

hmm, ada kisah di sebalik cinta pula. Mungkin entri lain kali. InsyaAllah.

4 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

Ke mana sahaja kaki melangkah... hehe :-) tapi pastikan kaki melangkah ke puncak jaya yang diredhai Allah.

Wah... boleh tahu masak apa ye? hehe.. dah lama abang tak memasak. kemahiran pun dah makin kurang. hmmm...!! x boleh jadi ni..

Balik kampung minggu lepas hanya berharap pada masakan abah & kakak-kakak... bukan apa, dah lama benar tak rasai air tangan mereka. hehe..

cuti panjang nanti boleh la memasak..

hasni Jamali said...

Sebelum tu nak tanya, cuti panjang atau bukan bercuti? (sbb dah hbs blajar dah kan?) huhu...

masak apa eak? ayah kata letak menu sendiri, has rasa 'ayam masak kicap cintan cintun'...boleh gitu? hehe

biasalah tu, dah lama tak rasa masakan abah n kakak tentu rindukan.

Seronok juga memasak ni rupanya, hehe

Ungu Izz Khan said...

Owh... tu untuk abang... cuti panjang selepas habis short sem.. hehe... Has yelah, sedang enak bercuti :-)

ayam masak kicap cintan cintun ek.. resepi baru pastinya tu... hehe.. boleh je.. janji boleh makan.. :-)

yup.. memang seronok memasak.. tak tahu kenapa orang tak suka memasak, padahal memasak juga satu terapi.. :-)

hasni Jamali said...

abang, pandai tak cipta menu sendiri?