senyuman sebagai pembuka bicara. wah, dalam aku kebosanan semalam..habis dicarik-carik segala bahan yang ada dalam bilik ini. termasuklah kotak ajaib aku, muncul pula kenangan sewaktu aku di bangku sekolah rendah. sebuah naskah yang aku jilid sendiri ( hanya tebuk 2 lubang, kemudian diikat dengan tali)....karya zaman kanak-kanak riang. hehehe
kertasnya kekuningan menandakan usianya mencecah hampir 11 tahun dihasilkan. Aku ambil, dan baca dengan kuat, kemudian aku rakamkan karya itu melalui Sony Ericsson W550i aku. Wah...tergelak sendiri tatkala membacanya, tatabahasa yang ringkas dan celaru, dan yang paling membuat aku tersipu malu (baca sambil ketawa), babak akhir kisah ini. hmm, kuat juga imaginasi aku ya. zaman kanak-kanak memang indah. dan kisah itu berjudul "Kisah Seorang Polis Wanita."
(senyum lagi)...
Wednesday, February 4, 2009
karya kenangan sewaktu 11 tahun
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 lonjakan suara:
teruja rasa hati untuk membaca karya tersebut...
ha...takut dan segan. malu lagi. karya zaman kanak-kanak. lain benar pemikirannya. hihi
hasni,
zaman pra remaja, saya pula bercita-cita menulis skrip drama pentas. sayangnya kemalasan menguasai diri pada ketika itu. maka skrip itu hanya dapat disusaikan dalam babak 3.. haha
salam bertaut rindu,
hasni...ingat kakak lagi? kak Shira.
apa khabar? lama juga kita terputus hubungan ye. Baru sekarang kakak dapat hubungi dik cu. masih ingat lagi panggilan itu?
tahniah, untuk puisi kasih buat kanda. masih berkarya, dan terus berkarya.
kisah seorang polis wanita...dan bila pula mahu muncul kisah Kak Shira? hmm, saje bergurau.
ok, nanti kakak masuk blog dik cu lagi. salam dari ibu juga.
salam mesra kasih dari dik cu.
wah, kak shira. rindunya....
ibu apa khabar? kak shira juga. hmm, sudah berteman ke? hihii....
kak shira, rindu sangat pada kak dan yang lain. miss u.
tQ, kak shira ada baca ya. hihi, malu pula...
k, masuk blog dik cu selalu ya. kak shira pun, salam pada ibu juga. da, ada kelas jap lagi. in UKM...(senyum lagi)
Post a Comment