BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 16, 2009

'Selamat hari lahir', mak....

Untuk Ibu Tersayang (Halimah Dollah)


Dalam sendu aku berlari,
Mencari cahaya darimu ibu,
Aku tersenyum,
Tatkala rindu dan kasihku berbalas,
Dari kasih dan sayangmu.


Ibu yang kukasih,
Senantiasa dekat dalam hati,
Walau aku jauh di rantauan,
Iringan doa tidak pernah lekang dari bibir,
Hanya untuk ibu tersayang.

Dan ibu,
Aku senantiasa mengharap belas kasihmu,
sentiasa untukku dan juga adik-adik,
anak-anakmu yang manja.

Ibuku sayang,
Ucap maaf kami hulurkan,
Andai kami pernah melukakanmu,
Lafaz ampun kami hulurkan,
Andai duka sering tercalit di hatimu,
Hanya kami inginkan,
Bahagia buatmu sentiasa,
Dan ucap kata,
'Selamat Hari Lahir' buat ibu,
Mak tersayang.


hasni, hasniza dan hazren Jamali.

6 lonjakan suara:

Putera Cinta said...

salam...
puisi adeq has betul2 berbekas di hati.
saat pertama kali melihat tajuk 'khusus buat ibu' saja sudah menggegarkan hati ini.
pabila di baca setiap patah kata..
sungguh.... menyentuh hati dan perasaan.

ibu yang tercinta kini bertarung nyawa di hospital.
hanya doa dan iringan air mata menemani...
doakan untuk mak abg yg tercinta, selalu ada dalam hati ini.
terima kasih.

CikLieYzaOnline said...

oh ibu..
di saat kita berjauhan..
terasa ingin kuberlari..
mendakapi penuh girang..
kaulah ibu yang tersayang...

hasni Jamali said...

salam abg.
terima kasih...YA, semoga ibu abang akan selamat. has doakn agar ibu abg lekas sembuh. sabar ya.

hasni Jamali said...

kak liza,

ibu hanya satu,
menyanyanginya amat perlu,
dan rindu,
sering bertaut pada nya,
wahai ibu.

CikLieYzaOnline said...

ok..k..
nanti kak liza tlg promote..

hasni Jamali said...

terima kasih kak liza....cup cup, sayang dia. hehhe