BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

dia dan dia I

DIA

"acapkali dia datang menjengah. tiada senyum pada bibirnya kali ini. dia sugul dan tunduk. entah mengapa jadinya dia begini? tertanya-tanya saya di dalam hati. adakah dia menerima kejadian itu, seperti yang dihebah-hebahkan sekalian alam? adakah dia mangsa selepasnya...? adakah dia...? ah, tidak. jangan hitung dia dengan kekejian itu. oh, dia berlalu tanpa berkata sepatah pun. saya hanya merenung langkah geraknya sonder bibir mahu bertanya khabarnya."

DIa I

"dia semakin mendesak untuk keluar. mulutnya tidak henti menghela nafas yang kuat. sentakan tubuhnya payah sekali saya lihat.sesekali kerut pada dahinya yang amat erat itu, membuatkan saya merasakan betapa nyliu goresan kesakitan yang ditanggung. ah, sesungguhnya amat perit sekali menjadi dia...dia semakin lemah, dan pandangannya juga semakin hebat tidak bermaya. saya yang memandang menjadi sayu. saat helaan nafas akhir sebelum dia lena panjang kedengaran. mungkin esok akan ada buatnya."

2 lonjakan suara:

nurul ashikin said...

salam kak hasni,
menarik kata2 yang diungkapkan dalam blog ini apabila membacanya seolah2 saya sendiri hanyut dibawa perasaan.

hasni Jamali said...

salam nurul ashikin, terima kasih kerana sudi datang :)

terima kasih kerana dapat rasa jiwa dalam tulisan itu. ikhlas dari hati, rintihan segalanya. :)