BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 8, 2009

Voice Over : Sangkar Kehidupan... hJ



7 oktober 2009. hari2 sibuk dalam hidup. semalam telah saya harungi segalanya dengan gembira. walau kepenatan dan masih berbaki kurnia Ilahi selsema ini.

Saya tambah jadi haru dengan kehidupan Pak Yassin, yang saya bacakan pada skrip Sangkar Kehidupan. Tika menyebut bait-bait skrip yang ditulis sahabat Cikin Comey, saya sudahkan dengan rasa kagum dan penuh semangat. kehidupannya sangat memberi saya makna kehidupan yang sukar dilalui dengan pelbagai onak.

Syukur, saya masih mampu membina bahagia sehingga kini. moga diberkati Tuhan seterusnya. amin.

pertama kali menjejak kaki ke studio rakaman dan menyumbang suara untuk rakaman dokumentari sahabat saya. terima kasih CIkin sudi memberi peluang ini kepada saya. moga lebih berkembang lagi bakat yang ada dalam menyampaikan ilmu dan mesej kepada semua insan. amin.

sesungguhnya segala yang saya lakukan, niat kepada-MU ya Allah. amin.

2 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

salam...

Tahniah diucapkan....

abg doakan semoga Has akan sentiasa berjaya dalam bidang seni ini...

teruskan perjuangan...
selagi ada nyawa, selagi itu disini akan sentiasa ada doa...
InsyaAllah...

hasni Jamali said...

salam...
terima kasih ya abg. has hanya membantu kawan. cukup sekadar keikhlasan, moga kawan has ni berjaya menghasilkan dokumentarinyan yang baik. amin.

ya, selagi ada nyawa, has sentiasa berusaha ke arah yang gemilang. amin. terima kasih atas doa abg juga.

:)