BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

tertunai hasrat hati...

bukan mudah memilikinya dalam satu masa. alhamdulillah, berbekalkan rasa syukur, saya dapat memiliki barang-barang kesayangan dalam satu masa. komik kegemaran saya, dan almari buku sebagai tempat simpanan buku agama, novel, koleksi puisi, koleksi cerpen dan majalah yang semakin bertimbun. :)


(almari buku baru yang terdapat piala-piala di atasnya) :)

sekarang ini sedang menyemai kasih pada komik-komik yang baru dibeli, jalan ceritanya ringan namun sarat dengan nilai dan pengertian yang mendalam. adakalanya pembacaan ini memberi ilham pada saya. ilustrasi, anime, lukisan landskap dan warna-warnanya amat menarik minat saya untuk berimaginasi. ah, alangkah indah...

ini gambarnya:










(sudah habis dibaca sewaktu perjalanan pulang ke rumah dalam keretapi. saya jadi haru membaca kisah ini) sedih.


(juga sudah khatam, membuat saya tersenyum)

3 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

pertamanya nak cakap pasal almari buku baru :-)
abg juga sudah lama teringin memilikinya. sudah ke kedai perabot dan sudah memilihnya, tp hasrat itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. jadi kecewa juga. mungkin nanti, demi keselesaan buku-buku dan barang-barang yang semakin bertambah :-)

keduanya pasal komik. erm tampak menarik komik yang Has minati itu. abg juga suka baca komik dan pernah menjadi kegilaan satu masa dulu.(komik meteor garden)

tapi sejak melangkahkan kaki ke form 6, komik-komik tersebut tidak lagi menemani hidup abg.
entah apa jadi pada watak-watak dalam komik itu... terhenti sebelum tamat....

hasni Jamali said...

salam manis Putera Cinta... :)

ya, pastikan tertunai juga impian abang nanti. usaha gigih ya.

hmm, komik atau istilah lainnya ialah nomik. Has sangat bercita-cita untuk menulis komik, bukan komikus, tapi hanya penulis jalan ceritanya. Sebab Has tak pandai melukis seperti mereka. Ah, bidang seni sangat luas ya? :)

InsyaAllah, suatu hari nanti pasti akan tercapai cita2 itu. Has mahu jadikan kisah ilham Has sebagai cerita yang bergerak dengan lukisan yang cantik dan memberi makna kepada pembaca. amin. :)

abang juga, selamat membaca. Jangan hentikan, carilah semula keping2 masa untuk menghayati komik dan jalan ceritanya... ya!

[sudah khatam komik 'BUAH'...kisahnya amat menarik sekali dan indah pada imaginasi Has yang suka berangan-angan... :)]

Anonymous said...

Wah gw juga punya tuh komik2 itu...
Tapi pake bahasa indonesia lah...

Sumpah alay bgt judulnya...
hahahahah