aku mahu bicara tentang kita. semakin hari kita semakin jauh. kalau dahulu kita hanya terpisah kerana sekolah yang berlainan, kini kita jauh kerana merantau ke negeri orang. rindu saat bersama di rumah, bermesra, dan bertegang urat. hmm...(sebak pula dada rasanya).
adik dan abang,
kakak sentiasa merindui kalian,
kini kita berjauhan,
adik berkhidmat untuk bangsa,
kakak masih menggali ilmu,
abang pula berusaha menempuh masa-masa mencabarnya, PMR.
adik dan abang,
kakak rindu sangat pada kalian,
adik, bila kakak kembali bercuti di rumah, adik masih ligat menjalankan tugas,
kita sangat jarang berjumpa.
abang, tempat kakak merasa kasih adik.
walau kita tak bersama seperti dahulu,
namun kenangan kita bertiga masih terpahat dalam hati ini.
adik dan abang,
ada kalanya kakakmu ini mencuri-curi masuk ke kamar,
sembunyi tangis sendirian,
kakakmu ini penyedih,
pantang saja ada kenangan yang terusik,
pasti mahu mengalirkan air mata,
air mata gembira untuk semua.
adik dan abang,
kakak bertuah punya kamu sebagai adik-adik kakak,
kamu racun kamu juga penawar,
tatkala kakak sedang riang di rantau orang ini,
kakak akan mengenang kamu berdua,
kakakmu ini, akan sekali lagi mengalirkan air mata.
adik dan abang,
tika ini, air mata kakak mengalir lagi,
kakak rindu pada kalian,
kakakmu dengar perkhabaran tidak indah tentang adik,
dan abang, yang masih degil dan nakal.
adik dan abang,
kakakmu akan sentiasa membayangi kamu dengan kebaikan,
kakakmu akan selalu memberi nama baik buat kamu berdua,
kakakmu akan sering melengkapkan kamu dengan keindahan iman,
dan kakakmu ini,
tidak akan meminta apa-apa dari kamu.
kerana kakak yang perlu memberi dan mendoakan kebaikan kamu berdua.
adik dan abang,
kakak masih meluah rasa yang sama,
kakak rindu pada kamu,
dan hanya sedikit yang kakak mahu dari kalian,
doa, dan rindu kalian,
masih ada untuk kakak.
adik dan abang,
kakak rindu pada kalian,
walau kita jauh,
hati kita masih dekat bersama. ya.
itu harapan kakakmu, hasni.
buat adik dan abang. (air mata rindu ini masih mengalir).
Thursday, April 2, 2009
jauh, (air mata tetap mahu mengalir)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 lonjakan suara:
hasni,
kejam la sajak awk. buat sy ingin turut menangis... rindu sgt pada awi sy. :) tk sabar nk jumpa dia di rumah!! huhu. (tgh control airmata)
adik aisya,
kejam ke saya? hmmm, sekadar meluah rasa rindu. saya juga turut terkesan dengan luahan ini. mengalir air mata diiringi gerak bibir yang bergetar, dan mata sekarang menjadi layu.
banyak sgt hasilnya dialirkan.
tak payah control, luahkan saje
tu lah kenangan masa lampau yang ada dalam diri seseorang..ian tetap manis walaupun di mamah usia..
ikatan darah tidak akan putus..
hubungilah mereka utk melepas rindu..
terima kasih anaklaut,
nasihat yang benar,...melepas rindu pada panggilan suara saja sudah cukup. ya.
Rindu....
Dinda...
semoga dinda bahagia bersama mereka semua.
semoga juga kanda dapat tumpang merasa bahagia itu..
Kanda doakan untuk dinda dan keluarga...
doakan untuk kanda juga ya..
semoga diri ini tabah melalui hidup ini... AMIN.
ya kanda, alhamdulillah kanda sudah pulang ke ukm dengan selamat.
bersama-sama kita merasa bahagia mereka, dan rasa juga duka mereka, supaya semakin dekat hati ini menyatu dalam kalbu, ya. :-)
Post a Comment