alhamdulillah, karya aku sekali lagi tersiar. Rezeki "Puisi untuk Mawar I dan II"(PUMIDII).
sebenarnya, puisi yang aku karangkan ini, khas untuk dr.Mawar Shafei apabila diminta oleh adik-adik persuratan Tahun 1. mereka mahu meraikan hari kelahiran dr.Mawar yang dikasihi pada 27 Februari.
Proses untuk meghasilkan puisi bukan mudah. aku suka menulis tidak teratur waktunya. Jika ilham mendatang, barulah segala aksara berpusu-pusu keluar dan dimuntahkan atas helaian kertas atau papan kekunci komputer riba ini.
dan PUMIDII ini juga amat rumit sekali. masa untuk serah pada mereka 2 hari. memang waktu itu aku sangat-sangat ketandusan ilham. berhelai-helai kertas habis aku conteng. segalanya tidak menjadi. akhirnya, dalam kelas PB hari rabu 26 Februari, puisi ini terhasil juga. dalam kuliah itu, aku duduk di hujung sekali, dan sekejap menyalin nota, sekejap mencoret ilham untuk puisi ini.
alhamdulillah, hasilnya aku kirimkan kepada Dr.Mawar sebagai hadiah peribadi bersama hadiah yang lain, dan aku hulurkan juga kepada adik-adik Tahun 1, dan juga aku hamparkan kepada Binda Aini (Editor TC).
alhamdulillah, bakat aku dihargai sekali lagi. terima kasih kepada pihak TC yang sudi memberi kata penghargaan juga di atas tinta warkah yang dikirimkan, dan terima kasih kerana menghadiahi Hasni majalah Tunas Cipta Mei 2009.
:-) mahu lagi menghasilkan karya untuk semua. harapnya, karya Hasni Jamali boleh diterima di hati semua. amin.
Wednesday, April 22, 2009
sekali lagi di hujung Tunas Cipta. :-)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 lonjakan suara:
wah hasni...
tahniah2...
dpt duit kn??
taknak kongsi2 ke???
hehehehe...
follow blog ak ye...
tahniah dinda.....
semakin membara rase cemburu..
hahaha....
gurau je lah..... :-)
I'am Happy 4 you...
"peace"
wah3...tahniah has!!!bangga den kek ekau ni....!!!teruskan berkarya!
thanks zira,
jangan bilang tentang duit di sini.
insyaAllah.
ok.
thanks kanda.
terima kasih juga sudi sambung cerita dinda.
rasa cemburu yang baik, mari hantar karya kanda yang terpendam itu juga ya!
tQ kak liza,
pasal cerita tu, hasni akan sambung, baru create setengah jalan. akan disambung kelak.
tak nak nama abg daud tu tau!
salam.
hye hasni!
.salam perkenalan!
(padahal dah penah lepak mkn mcd ramai2)hehe ^_^
keep on writing ya!
jage sha elok2..hehehe
hahahah.ala,nak juga nama abg daud...boleh la has....boleh la...nak abg daud...nak abg daud...itukan kisah semua...sapa2 je boleh masuk...nak abg daud....heeee
Has,
hahahaha....
laaaa...mna pulak dtgnya si haikal tu?mn perginya abg daud yg awalnya?hahahaha....waaaaa... x aci.. x aci....nnt di sebelah pihak kakliza,kami semua akan tetap pertahankan abg daud gak sebagai hero.ckp kat putera cinta, x aci la kalo skip sambungn cerita.apa sekalipun yg terjadi,mn bleh skip...xkira la sapa pun nk menyambungnya.baru la mncabar minda.hehehe
untuk fiQ,
salam perkenalan. hehe, kisah di mcd tu shhh...jgn cakap kat sini. hehe...tapi dah terluah juga. hehe...
ha, takkan jaga sha kot. ha, ehem2...heheh, upahnya, megi goreng telur mata sa! kat mamplae. hehe,...
tQ, saya akan sentiasa menulis, dan fiQ akan sentiasa bercakap. heheh...jgn marah.
utk kak liza,
ni ada apa2 ke dgn abg daud? suka ati akak lah, akak masukkan watak tu sekreatif akak k. kang merajuk pulak. huhu
yaaaaa!!!sye mmg suke berkate2 tanpe henti2..
kalo bleh nk cipte rekod dunia 24jam x henti ckp.
hehe..
hahaha..
pasal maggi goreng sbg upah jage sha tu boleh je.no hal..hehe ^_^
Hasni
tahniah dengan puisi baru di TC.
terus menulis dan menulis yang lebih bagus.
dr.mawar,
terima kasih,
ucapan yang sangat memberi inspirasai buat saya.
bunga selasih lengkuas kantan,
terima kasih seluas lautan.
:-)
Post a Comment