BismillahirRahmaNirahim,
'selamat pagi, hasni.'ucapan ketika bangun dari lena, beserta senyuman manis. aku.
untuk beberapa hari ini, aku terasa seperti ada yang mengekor. bukan niat aku mahu cerita tentang seram. hakikatnya, segala yang aku rasakan ini, sangat menduga akal dan hatiku.
ya, suara itu. pagi ini juga aku dengar selepas aku bangkit dari lena. suara lelaki yang sedang mengaji, dalam kebisingan bas yang lalu-lalang di kawasan berhampiran bilikku. asyik sekali, mata kupejam bagi menghayati tentang suara itu.ya, sangkaanku benar-benar berlaku. memang suara lelaki yang sedang mengaji al-Quran.
2 hari sebelum ini juga, dalam kebisingan di luar bilik, entah mengapa aku terdiam, ketika sedang berbual bersama teman serumah. "Kejap kejap. Sya, ada dengar tak? macam suara orang mengaji lah!? suara perempuan." itu tanyaku pada Sya. dia hanya diam dan menggeleng. 'aku seorang saja yang mendengar suara itu. mengapa aku? syukur, dalam kebisingan di luar, namun masih ada bayu suci berhembus nada-nada ayat suci Allah.' walau dalam hairan, aku masih lagi berdiam, cuba-cuba mendengar suara itu. Sya semakin rancak bercerita, namun aku hanya mendengar tanpa fokus yang benar. maaf sya.
malam itu, aku terdengar pula suatu suara panjang memekik, seperti meng...i, tidak mahu disebut rasanya. aku cepat menghampiri tingkap dan menutupnya rapat. lekas aku lari ke kamar syikin (bilik sahabat di sebelah bilikku) dan menyatakan perasaan gentar aku ini. namun sebelum itu, aku sempat menutup cermin tingkapnya juga. waktu itu jika tidak silap pandang, dalam jam 11 pm ke atas. Syikin memberi kata perangsang agar aku dan dia juga tidak rasa yang pelik.
dan, kini. aku masih lagi tertanya-tanya, apakah alamatnya tentang apa-apa yang aku alami sekarang ini? aku resah jika ada sesuatu yang tidak elok bakal berlaku, namun aku memohon kepada Tuhan, agar diberi ketabahan dan keselamatan untuk diriku, dan keluargaku juga sahabat saudaraku sekalian.amin.
wasalam.
Friday, April 24, 2009
suara itu.!?
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 lonjakan suara:
aaa...hasni jumpe hantu
ish, tak patut kak ain cakap camtu. kak ainlah yang akan bertemu dengannya. hahahaha....
misteri.....
ya misteri....
erm... rasanya dinda tak perlu risau..
kerana apa yang menggangu dinda adalah lontaran kalimah Allah kan?
InsyaAllah itu bukan sesuatu yng buruk.
mohonlah perlindunganNya.
dan jangan pernah leka.
setiap yg berlaku ada hikmahnya..mungkin hasni org yg terpilih untuk diberi peringatan oleh-Nya secara mistik dan tersendiri..siapa tahu,,,bykkan mendekatkan diri pada yang Esa
terima kasih kalian bertiga,
sudi memberi pandangan.
semakin diri ini mendekat kepada Ya Rab.
to hasni :- apabila sang bidadari itu mula bercerita dan bersuara, dia xkan mendengar bunyi ape2 di sekelilingnya.hehehe
afiQ, mahu jadi pujangga pula ya?
wah, tahniah buat sang puteri, dan rajanya.
moga kalian sentiasa bersama. amin.
Post a Comment