Ibu datang. bawa tuala dan bekas mandian,"anak ibu ni kenapa masih belum mandi lagi? tengok jam tu, dah 4.16 petang! Kamu tak solat ke?"
Aku senyum, "Cuti hari ni bu. sejukla nak mandi.hihi."
"cuti-cuti juga. kebersihan perlu dijaga. sudah pergi mandi. Nanti ibu panggil Kak Long suruh mandikan Hana. Mahu?" Ugutan ibu yang sangat menggerunkan. Kak Long yang garang tu, takpelah bu.
"Okey, okey. Hana mandi sekarang. Jangan beritahu Kak Long ya bu. hihi." Aku berlalu sambil menarik tuala di bahu ibu. Bekas mandian juga, lengkap segalanya. Ibu hanya menggeleng kepala, melihat aku dan ragam semacam ini.
"wah, sejuknya! dah petang-petang macam ni baru aku nak mandi. apa nak jadilah aku ni!? ish." sambil mandi, aku sempat membebelkan diri sendiri. Mana taknya, angin petang lagi sejuk. lagi pula mandi dengan air perigi. wah, dinginnya sampai ke tulang.
tiba-tiba...
"Woi, apa mandi bising-bising ni? Kamu ya Hana? dah pukul berapa ni, baru nak mandi. Hei budak ni!?"
'alamak, suara Kak Long tu. huhu, itulah dalam bilik air pun aku nak bising. macam mana nak keluar ni? mesti Kak Long tunggu depan pintu. kalau tak pintal telinga, dia tarik kain batik aku ni. wa!!! terdera aku. macam mana ni?'
dari luar aku dengar Kak Long ketawa perlahan, 'ha ha ha'.
tiba-tiba...
"Along, meh sini tolong ibu!" suara ibu. wah, selamat aku. kedengaran kaki kakak cepat-cepat melangkah ke ruang tamu, menuju ke arah suara ibu. ada nada hampa-Kak Long mengeluh sebab tak dapat nak kenakan aku. wahaha...(riangnya hatiku)
cepat-cepat aku keluar dari kamar mandi, "Uish, sejuknya air telaga ni. Cepat pakai baju." sambil jalan ke bilik pun aku membebel juga.
kedengaran suara ibu dan Kak Long di ruang tamu menerjah masuk ke bilik persalinan. Curi dengar sikit. hehe...
"Surat apa ni bu!? wah, cantiknya sampul. bunga-bunga. meh kasi Along tengok."
"Entahla, itu yang ibu panggil Along. Ibu jumpa atas lantai, masa ibu kemas buku-buku Si Hana yang bersepah tu. Lawa tulisannya, apa isinya Kak Long. Baca, ibu nak dengar."
'eh, surat? alamak, surat cinta aku. aduh, apa nak buat ni!? wah... lagi teruk aku kena dengan Kak Long lepas ni! Nak keluar bilik, aku tak pakai baju lagi. Aduh, tak sempat nak rampas surat tu.' suara aku yang hanya terlontar dalam bisikan.
tiba-tiba...
"Assalamualaikum, ibu, Kak Long. Tengok ni, Shira bawa balik apa?" Suara dari luar penyelamat aku kali ke duanya. Terima kasih Kak Shira. dah sarung baju dan seluar. Cepat selamatkan harta tersayang aku. Lari ke hadapan.
Aku bisik lagi. takut nanti Kak Long dan ibu perasan. Mereka terus dapatkan Kak Shira. Entah apa yang dibawa balik oleh Kak Shira hingga ibu dan Kak Long nampak teruja. 'Wah, surat cintaku. Dicampak macam ni je. Ish Kak Long ni. Eh, apa Kak Shira bawa balik tu?'
Wednesday, April 29, 2009
tiba-tiba... (1645: 2904)- hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 lonjakan suara:
salam...cerita yg sangat meanrik..sambung la lagi.
salam anak laut,
puisi2 mu juga sangat indah.
mahu saya sambung lagi? hehe, tunggu ilham lain pula ya. hmm....
...aku terus menjengah ke arah daun pintu utama smbil menyembunyikan surat cinta dari kekasih yang ku kenali minggu sudah ke dalam baju..hahaha. "Lailahaillallah..nape dgn kucing tu Shira?" soal ibu. "Kena lenyek ngan lori balak bu..kaki dia patah..Tu yang Shira wat balik. Cian dia bu. Nazak dah ni", jawap kak Shira. Aku tertawa dalam kesedihan. tertawa mendengar omongan Kak Shira, namun sedih bila mengenangkan nasib yang menimpa kucing yang kini sedang nyawa-nyawa ikan itu. Kami sekeluarga cuba menyelamatkannya, namun lukanya terlalu parah. Pada mulanya aku nak buat CPR, tapi memandangkan ia adalah seekor kucing kurap, aku membatalkan niat tersebut. Dalam 10 minit kemudian, kuing itu menemui ajalnya dipangkuan Kak Shira. Kak Shira menangis semahunya. Aku tahu bahawa dia sememangnya seorang yang sgt sayangkan binatang. Pantang baginya melihat haiwan atau apa saja yang tersiksa. Pasti dia sedaya upaya akan membantu. "Hana! Pegi ambik cangkul, kita tanam bangkai kucing ni.." laung Kak Long. Terkejut beruk aku dibuatnya. Adesss... "Baik kak..", sahutku ringkas smbil buat muka seposen. Geram dgn perangainya yg suka meninggikan suara. Nasib baik aku xkena kencing manis. Kwang3..Aku bingkas bangun dan berlari anak menuju kewasan belakang rumah untuk mengambil cangkul yang dipinta Kak Long. Namun aku gagal menemuinya. Aku keep looking around the tempat, smpai la aku jumpa cangkul tu. Rupanya ia terselindung di sebalik pokok pisang yg xberbuah2. "Nah kak..". Kak Long terus menggapai cangkul tersebut dan mula menggali lubang "kubur" serta menanam bangkai kucing itu. Selesailah sudah episod "kucing accident dgn lori balak". Diharap ada yang sudi utk menymbng episod yg setrusnya. Watak ini tiada kaitan dgn hidup @pun yg mati. Ini hanyalah lakonan semata2..
-tamat-
seseungguhnya sambungan cerita itu tersasar dari landasan sebenar..kwang3
Post a Comment