BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 21, 2009

Kisah ini untuk kita.


"hmmm, bagaimana dengan baju warna coklat ni? nampak padan dengan warna kulit kyra...kyra. Eh, kenapa ni?" agak aneh dengan kelakuan Kyra yang sejak tadi memicit-micit dahinya, Iman seraya memegang tubuhnya yang juga hampir rebah ke lantai. Baju coklat yang dipegang terus dicampak ke ruang asalnya. Dengan dibantu pembantu butik tempat mereka singgah membeli-belah itu, Kyra dipapah ruang dalam butik itu. Kedinginan penghawa dingin membuatkan Kyra semakin mahu lelap. Dia seakan pitam.

"Kyra, kenapa ni? Kyra. Bangun!" sentakan Iman tamat di situ. Pantas Kyra dibawa ke hospital atas desakan pengunjung lain yang seketika mengerumuni kejadian itu. segalanya jadi tidak keruan. Iman juga haru dan celaru. 'Benarkah tekaannya selama ini? Kyra hamil?' Bisik hatinya berlegar-legar sewaktu menanti kata doktor yang mendiami wad kecemasan, bersama Kyra.

15 lonjakan suara:

CikLieYzaOnline said...

Iman melabuhkan dirinya di suatu sudut sambil matanya terpaku ke arah pintu wad kecemasan,tempat Kyra dirawat saat ini."Apakah yang telah terjadi pada Kyra?Ah,tak mungkin!Tak mungkin Kyra hamil."Iman cuba menafikan kata-kata hati yang kian membisik tanpa dipinta.

hasni Jamali said...

Resahnya menanti kata doktor dibawa tenang di ruang menunggu. Iman duduk lalu meraup mukanya yang sedikit dibasahi peluh. Hatinya jadi beku mengenangkan kejadian tadi. Duduknya tidak keruan, walau rasa tenang masih ada memandu kesabaran buatnya. Dia kemudian bersandar pada belakang kerusi, dan kaku. Matanya terpaku pada suatu imbasan. Petang semalam, Kyra masuk ke rumah dalam keadaan gegas sambil telapak tangannya terus menekup mulut lalu menuju ke tandas. Iman juga turut bergegas mendapatkan Kyra. Bunyi luahan segala isi perut Kyra sedikit sebanyak meloyakan Iman. Namun, sebagai teman dan sahabat, dia tetap menggagahkan diri, membantu meringankan beban yang ditanggung Kyra. Matanya lekas memandang wajah Kyra yang agak hilang warna sawo matangnya. Pucat.
Iman masih diam. Membiarkan Kyra selesa dengan keadaannya terlebih dahulu. “Terima kasih Iman. Maaf, aku meloyakan kau.” Kyra bersuara dalam ketar tubuhnya masih terasa saat Iman memapahnya duduk di ruang tamu.
“Eh, loya? Mana ada. Aku biasa je.” Jelas merah riak wajah Iman, apabila gaya loyanya ditegur Kyra. Walau dalam sakit begitu, penglihatannya masih jelas mengerling riak wajah Iman.
“Kau kenapa Kyra? Salah makan kah?”
“Entahlah, daripada pagi tadi aku rasa tidak sedap badan. Rasa loya je.” Kyra bermenung seketika. Mungkin masih lelah dengan keadaannya itu.
‘Ah, tidak mungkin aku hamil?’
“Ah, apa Kyra? Aku tak beberapa dengarlah. Kau kata kau…”
“Iman, aku masuk bilik dulu ya.” Iman terpaku apabila katanya tertahan di situ. Apakah benar saat dia mendengar perkataan hamil dari bisikan Kyra tadi.
Lamunannya terhenti apabila pintu wad kecemasan terkuak luas.

CikLieYzaOnline said...

Iman bingkas bangun lalu mendapatkan doktor yang sedang melangkah keluar.Dari luar pintu,Iman hanya memerhatikan gerak geri sahabatnya itu.Matanya menjerling ke arah Kyra yang masih lagi berbaring keseorangan."Doktor,saya Iman,kawan Kyra.Kenapa dengan kawan saya?Apa yang telah terjadi?"Soalnya sejurus menghampiri doktor tersebut."Hmm,kawan awak hamil tiga bulan."

Tersentap hati Iman tatkala mendengar kenyataan tersebut.Kelu lidahnya tanpa bicara.Di dalam fikirannya,hanya satu.Dimanakah abang Daud?Perlukah dia mencari abang Daud kembali?

Anonymous said...

Kah.kah.kah.....terok la liza ni.mende ko tls neh.?asal ko gune abg daud?kah3.....klu abg daud bc n taw ko gne nm die,mati die kejekan ko.kah3.has,abg daud tuw ktorg nyer penerbit r.....kah3
-mixfar-

hasni Jamali said...

tah tu, orang semangat nak tulis cerita ni betul2, dia buat camni lak. dah, takleh lagi sambung cerita ni. saya tak izinkan.

Anonymous said...

Biar ak smbg.

Hanya abang Daud tempat Iman dan Kyra bergantung nasib selama ini.Abang Daud merupakan sahabat karib mereka sejak universiti lagi.Walaupun umur abang Daud tua lima tahun daripada mereka,namun,hubungan mereka akrab bagaikan adik beradik.Dalam diam-diam,abang Daud ada menyimpan hati terhadap Kyra.Namun,lamaran abang Daud untuk menjadikan Kyra sebagai isteri ditolak kerana Kyra telahpun mempunyai kekasih hati.Akhirnya,abang Daud membawa diri dengan hati yang terluka.
-mixfar-

Anonymous said...

ala has,smbg r....tp,xsemestinya abg daud yg jadikan kYra cmtu.abg daud tu kira hero r.....smbg has...smbg.....bru best!
-mixfar-

Anonymous said...

kah3.xgune pnyer liza.nm abg daud gak ko nk jdikan hero erk.kah3.smbg has....has,smbg!!!lg byk hero,bru best.suspen!!kah3
-mixfar-

kamarul said...

Ingatan Iman terhadap abang Daud hilang sejenak setelah melihat Kyra bangun dari katil lalu menghampirinya."Iman,maafkan aku.Maafkan aku Iman kerana merahsiakan perkara ini daripada kau."kata Kyra sambil menitiskan air mata.

kamarul said...

hahaha.xpe lor,daud kan nm nabi....hahaha,papepun,liza mmg teruk!hahahahahaha.smbg cpt!ak dh smbg!heh heh

Ungu Izz Khan said...

izinkan kanda menyambung cerita..

'haruskah aku bertanyakan pada doktor tentang apa penyakit kyra?' hati iman berbisik. direnungnya lantai hospital lama-lama dengan bisikan hati yang masih keliru. "doktor!"
Iman berpaling dan menyeru nama doktor dengan agak lantang hingga mengejutkan suasana sepi disitu. beberapa orang pelawat memandang Iman dengan pelik.
terkelu lidah iman. wajahnya berubah. barulah dia sedar, doktor telah lama pergi sebelum sempat dia bertanyakan tentang kyra.
Iman melangkah pergi dengan perasaan kecewa.
***************************
Iman mengeluarkan syiling dan mendapatkan telifon awam. perasaan geram masih lagi menghantui dirinya kerena cuai hingga terlupa membawa handfonnya.
'Haiqal. Ya Haiqal.' getus hati kecil Iman. laju Iman mendail no talifon Haiqal.
"please Haiqal jawab. Haiqal, aku call kau ni, jawablah. kenapa kau tak angkat."
Iman membebel seorang diri.
Iman mendailnya sekali lagi no Haiqal.
...................


(sampai situ je..... hehe.. saje lame tak menulis.... heeheh....

hasni Jamali said...

Hampa. Iman membawa diri ke Wad Melur yang meletakkan Kyra di pembaringan. Katil 37 masih hangat diisi badan Kyra yang nampak masih lesu, namun sedikit berseri pada wajahnya. Tangan Kyra yang kaku di pelukan bandannya disapa lembut dengan sentuhan Iman. Kerusi di sisi katil ditarik lalu Iman melabuhkan punggungnya. Lama dia merenung sahabat baiknya itu.
“Kyra. Wajahmu masih bercahaya, walau tubuhmu lesu begini. Aku kagum dengan semangatmu.” Seketika Iman lupa akan persoalan tentang sebab Kyra terlantar di situ. Wajah Kyra direnung sedalamnya. Ada kalanya dia tersenyum mengenangkan gelagat Kyra yang sememangnya seorang periang dan disenangi semua yang mendampinginya.
Kejadian petang ini benar-benar menduga hatinya. Kyra tidak pernah dilihat sakit atau ubat disisinya. Hanya kisah loya Kyra yang meresahkan fikirannya tiba-tiba. Iman mengeluh kecil. Pandangannya berubah ke arah beg-beg kertas yang sejak tadi tidak berusik di kaki katil. Berg kertas warna coklat terbuka sedikit, memperlihatkan isi dalamnya-sehelai baju kemeja biru untuk Haiqal. Beg kertas itu kepunyaan Iman.
‘Haiqal? Eh, kenapa pula aku sibuk-sibuk mahu menghubungi Haiqal sebentar tadi? Bukankah Haiqal… Ah, apa salahnya. Haiqal juga sahabat Kyra. Aku buntu mungkin. Hmm, mengapa pula Haiqal tidak menjawab panggilan aku? Ke manakah dia di kala ini?’ kerut dahi Iman dan lontar kecil suaranya mengejutkan Kyra. Isyarat yang diberi membuatkan Iman tersenyum dan membelai lembut anak rambut sahabatnya itu. Kyra juga senyum kecil. Masih ada seri di wajahnya.
“Boleh aku minta air?” kecil suaranya mengutarakan permintaan.

Ungu Izz Khan said...

Iman membalas hanya dengan senyuman. lalu diambilnya segelas air kosong buat kyra. pucat bibir kyra kembali merah. ada senyum diwajahnya.
suasana kembali sepi. dua sahabat itu hanya melayan perasaan masing-masing. Iman masih dengan wajahnya yang penuh tanda tanya. sesekali dahinya berkerut.
"Iman. kau memikirkan sesuatu ke?" duga Kyra.
"eh kyra. tak. aku tak fikir apa-apa pon. Kyra kau rehatlah. aku tengok kau masih lemah." Iman cuba mengalih perbualan. dengan cepat dia melarikan anak matanya.
"Iman" panggil Kyra. Iman menoleh sambil tersenyum ikhlas. tangannya menggenggam jemari Kyra dengan erat. tanda kasihnya pada sahabat yang satu itu.
"kenapa kyra?" tanya Iman dengan lembut.
"aku nak bagi tau kau sesuatu. tapi janji. janji Iman. Janji pada aku yang kau akan merahsiakan apa yang akan aku katakan pada kau. pada sesiapa pun jangan pernah kau bicarakan." Kyra menitiskan air mata. menahan seksa yang lama terpendam dalam jiwa wanitanya. dia amat berharap pada Iman.
tewas. Iman tewas dalam situasi yang sedang dilaluinya. air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga. tangan Kyra dicium. tanda akur pada permintaan sahabatnya itu.
"Haiqal. Haiqal Iman." Nama Haiqal disebut Kyra. pantas memberikan riak curiga diwajah bersih milik Iman. dia agak terperanjat. dalam situasi yang penuh emosi itu, nama Haiqal disebut Kyra.
'Haiqal? kenapa dengan Haiqal? apa yang Haiqal buat pada Kyra? apa yang berlaku sebenarnya ni? mungkinkah Haiqal...'

hasni Jamali said...

"Iman, Haiqal insan mulia. dia yang merawatku. aku sakit."

"sakit!? apa sakitmu Kyra?"

"dan aku juga hamil. dua bulan lalu, aku pulang ke kampung atas desakan keluarga. dan bernikah di sana. maafkan aku kerana tidak memberitahumu. aku takut kalau-kalau kau memberitahu kekasihmu HaiQal bahawa aku menikah nanti. sakitku, tidak mengizinkan aku bernikah. tapi aku sayangkan abang daud. dia juga mengerti bahawa sakitku ini."

"kyra. tahniah buat berita bahagiamu. takziah pula untuk cerita dukamu. aku...aku...ah!"

"Iman! maafkan aku. maafkan a..."

CikLieYzaOnline said...

wah..terasa terharu tatkala mbaca ending cerita ni.xsangka bahawa abg daudku diterima juga akhirnya oleh si pengarang yg kusayang ni..huhu..mcm nak nangis lak rasa.kakliza amik link ni letak kat blog kakliza ye.nk simpan buat kenangan...wuwwuwu..sedihnya rasa.tkasih kerana mewujudkn kisah ni...sememangnya kisah ini utk kita.tkasih lagi dan lagi..tkasih tak terhingga...em,lagi 1,maaf xsempat nk menyambung cerita sbb ada exm.pastu,kkliza demam belum lega.kamarul plk dh hbs exm dan balik kampung,mixfar xtaula kemana hilangnya...apapun,tkasih lagi dan lagi..wuwuwu.terharunya......ni la antara hdiah2 bermakna yg xkan sesekali kulupa..buat selamanya..insyaAllah..tkasih has...