BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 29, 2009

Kau Pergi Tanpa Pesan. (maaf abah, ibu, kakak dan abang long)




"adik, mengapa muram ni?"

"dingin angin malam ni kak. saje mengelamun. kenapa akak keluar ni, kan akak tu hamil?"

"hmm, kakak risau tengok adik. dari tadi termenung. mari masuk. sejuk pula di luar ni."

"adik mahu duduk di taman kasih ni dulu. kakak masuk dulu, nanti adik menyusul ya?"

"hmm, tak mahulah. kakak nak teman adik. tak elok mengelamun sorang-sorang. jap lagi datang pula bayang-bayang yang tak diminta...er..."

"eh, kakak okey? itulah, mulut tu. suka sangat mengarut tengah-tengah malam ni. baby kick ya? wah, nakal ya adik baby ni. sian kat mummy. heheh."

"sakit dik. biasalah, baby ni bukan boleh tersebut perkataan yang seram-seram sikit. mula dia menendang. hmm..."

"mari kak, kita masuk. sian kakak. heheh...mari saya pimpinkan mummy baby ni."

"oh, mengusik kakak ya. hmm, cubit sekali."

"auch, sakitlah. adik gurau je. abah, ibu dan yang lain dah tido ke kak?"

"tak lagi. ada menonton tv tu. itu yang kakak keluar, cari adik. tak lengkap kalau ruang tamu tu, berkumpul ramai-ramai tanpa adik. kan?"

"kakak, hati-hati jalan tu. nanti baby tendang-tendang lagi. hehe"

"adik, kakak cakap yang lain. pandai adik tukar topik ya?"

'kak, suatu hari nanti. kalian semua kena biasakan juga hidup tanpa adik.'

"apa adik bisik-bisik ni? kakak tak dengar la. auch! baby tendang lagi. kuatnya. entah-entah baby yang dengar Mak Su dia ni."

"hmm, takde apa-apa lah kak. mari adik tolong buka kan pintu.Assalamualaikum semua. meriahnya. ada cerita menarik?"

"Ha, tuan puteri dari kayangan untuk semua. puas kakak pujuk di luar tadi. baru dia nak masuk. adik!?"

tinta hJ, 1309: 2904

4 lonjakan suara:

Anonymous said...

hasni,
kelembutanmu bermain kata,
amat senang sekali.

bahagia,
aksaramu tersusun di sana.

moga kamu terus maju dalam bahagia berkarya. hasil-hasilnya moga jadi landasan buat semua, menyayangimu lebih daripada adanya.

(kakanda saudara)

hasni Jamali said...

saudara kakanda,

terima kasih. sesungguhnya, hati yang gundah, memang enak bermain kata. dan syukur juga, bakat ini dikurnia Yang Maha Esa. alhamdulillah.

terima kasih, meninggal jejak di sini. ya.

oh,ya. terima kasih sudi mengilhamkan rasa sayang buat saya.

ct_saggie said...

hehee
lonjakan suuara juga ingin dikeluarkan di sini
suspen juga
adik merajuk ye
hahhaa

hasni Jamali said...

hi ct_saggie,

sudi-sudi ke mari lagi,
dialu-alukan sentiasa.

merajuk? adik tidak merajuk, dia hilang nyawa di situ. meninggalkan keluarga kasihnya.