BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 17, 2008


Alhamdulillah, hari ini hati saya disapa bayu indah....harum. semoga ianya berkekalan begini. Ya, cerpen saya tersiar di salah satu web blog penulisan. Alhadulillah. Hasilnya, saya semakin bersemangat untuk terus menulis dan meyampaikan seberapa ilmu yang saya ada dalam penulisan. Saya juga akan mengasah dan menajamkan lagi bait-bait bicara, untuk penulisan yang lain nanti. Alhamdulillah, Ya Allah. Aku bersyukur, berkat kesabaranku pada malam semalam, hari ini engkau kurnia kan dengan berita gembira ini. Amin.....Tahniah, hasni Jamali.

kepada sahabat yang mahu dan sudi menyapa tulisan saya silalah ke http://penulisan2u.blogspot.com/2008/11/cerpen-tragis-sebuah-pemergian.html

thanks all.

Sunday, November 16, 2008


DUit...mOney...paIsa...wanG...

segala-Galanya memerlUkan dia...payahnya tanPa dia...hari-hari mahu berSuap, meSti ada dia...tanPa dia, kita muLa merusuH...tanpA dia sesuaP hari ini terpakSa ditunDa...naTijahnya, kerinG, gusaR, amArah...buKan tAk maHu berSyukuR...tapI eMosi terleBih-leBih kerana Perlunya dia...keluh, keSah...uSaha bermacam...munGkin Belum sampaI wakTu...menIkmati yang Biru dan beranGka lebIh dari tiGa...tiGa, Empat dan rakan-rakan yang Lain...suKarnya...

mahu atasi, dia kuat...pengaruh hati, hasut emosi...jiwa baGai diLambung-lambunG...maHu itu dia, mahu ini dia...semuanya mesti ada dia...tanPa dia, meloponG dan terngaGalah kita....

Ya, hasiLnya...luahan ini buat dia...empat raKan yang saya Jumpa di atas... en.D, puan M, miss P dan CIk W.


petikan daripada cerpen 'Tanda-tanda Akhir' karya Mohd Nasron Sira Rahim...


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang menjaga kemaluannya.” Firman Allah itu dibaca lambat bagi diperdengarkan di hadapan tetamu itu. Selesai baca, lelaki itu memandang ke arahnya dengan seribu tanda-tanya. Dia diam, lelaki itu juga terdiam.

“Solat itulah titik tolak dalam kehidupan manusia, solat itulah jawapan dan formula terbaik dalam menangani pelbagai kecelaruan dan kebejatan sosial masyarakat. Jika solat ditunaikan dan dihayati, pasti masalah sosial masyarakat, mat rempit, dadah, seks luar nikah, rasuah dan jenayah mampu diatasi,” dia menarik nafas sebelum menghembus perlahan.

“Begitu juga ayat-ayat seterusnya, ayat ketiga misalnya menerangkan kunci kebahagiaan manusia iaitu selalu menjaga waktu dan umurnya supaya jangan sia-sia, sentiasa mencari pahala dan mengelak dosa.

Saturday, November 15, 2008


mulanya sebuah kisah.... cakna puteri dan puteri jua....merebut kasih yang tiada bersudah....menjadi hamba dan mangsa.....sehingga tercipta tinta hikayat.....wahai Sia wahai Tia...... merenung kelopak mawar, menghidu pawana.....harum mekar, merah menyala.....dihitung purnama datang bersilih.....membenak racun atau penawar.....Ya, kisah bermula.

Friday, November 14, 2008


salam...
sebentar tadi sempat saya berbicara dengan kanda saudara. saudara angkat saya. Dukanya terluah, ibunya sakit dan akan dihantar ke hospital JB. "Abang, has harap abang tabah. Has di sini doa moga semuanya dalam lindungan Allah. Abang juga banyakkan doa, ya!."
sahabat dan pengunjung semua, mari kita berdoa agar ibu abang selamat dalam kesakitan yang ditanggung. amin....

"Abang, tabah ya. Badai ini tidak selalu hadir, datangnya dari Allah yang mahu menguji hamba kesayangan-NYA...."


resah gelisah mahu berhikayat....
Usai khatam semuanya.
Masih gabra....
Berbaur soalan dan gentar.
Ha, rasa tergadai prinsip tenang.
Tarik nafas dalam, hembus....yah!

Wednesday, November 12, 2008


Mengapa semakin kita ingin melupakan, semakin dekat ia datang...?
Mengapa semakin jauh kita lari, semakin pantas ia mengejar...?

Hari ini sekali lagi saya menatap 'Tragis Sebuah Pemergian'. Pilu itu saya rasa sendiri. Sengaja saya biarkan diri ini dibalut kesedihan Sara. Tika nur membawa berita gembira, Emir pula ditimpa bahana. Nek Suya pergi dalam sayu. Ya, emosinya jelas tergambar dengan air mata yang jatuh tidak henti.

Mengapa saya yang lebih pilunya? sedangkan ini hanya cereka saya....
kata teman, "bukankah setiap penulisan kamu, datangnya dari hati juga."
bicara saya, "Ya, mungkin itu saya juga disimbah kehampaan. Hampa dihempap kesedihan plot cereka ini."
kata teman lagi, "Sudah kamu pilih itu penghujungnya, biarkan ia dilalui watak-watak cereka itu dengan penuh hikmahnya, ya. Mereka sudah terima seadanya."
tanpa saya bicara apa-apa, hanya hati mengukir senyum dengan bisikan lembut teman itu. Dia seperti membawa saya kepada cereka itu ke alam realiti. Seperti wujudnya watak Emir, Sara dan Nek Suya. Saya hanya menggubah satu jalan cerita. "Tragis Sebuah Pemergian."

Tuesday, November 11, 2008


hi,
hmm...kembali seperti biasa. Minggu peperiksaan. Biasanya pelajar atau murid atau lebih besar lagi mahasiswa, atau juga para sarjana. Apa-apa jua, semua gelaran itu membawa kita kepada satu titik hebat perdebatan. Bukan debat biasa, tetapi debat antara ilmu dan tuntutannya. Ulangkaji dan belajar tersisip rapi dalam benak masing-masing.

Begitu juga saya. Namun apa-apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, pada setiap menjelangnya hari peperiksaan, jiwa saya akan terarah kepada sesuatu yang berlainan. Yang lain itu bukan pelik sangat pun. Hanya meluangkan masa dengan permainan video, membaca (yang jarang dilakukan ketika bukan minggu peperiksaan), dan bersenda dalam lena (bermimpi indah).

Saya akui, menelaah juga menjadi rutin. Tetapi hanya dalam waktu yang singkat. Pandangan sekeliling menganggap saya 'relax'...namun hati saya juga turut berdebar ketika kaki menjejak ke dalam dewan peperiksaan. Hmm, tidak kurang juga menggeletar, terketar dek kesejukan air-cond...heheh....

namun apa pun saya harapkan...keputusan peperiksaan sentiasa yang terbaik. Prinsip saya, 'Sentiasa tenang, yang penting segalanya adalah terbaik.' Ya! InsyaAllah...

Monday, November 10, 2008

salam buat diri saya, dan teman.
Saya mahu melakar sedikit kisah di sini. Seperti teman saya, uyaisha. Saya juga mahu bangkit dari kisah kasih ini. Puas sudah saya menagih kasih, entah pada siapa gerangannya. Entah sudinya tidak, belum saya mengerti. Hari-hari kebelakangan ini, saya sering menutur kisah kasih, namun ianya tetap sama. Situasi saya begini juga. Masih diulit maya. Letih menyeksa diri, dengan kepalsuan realiti. Saya mahu bangkit. Biarlah puisi dan kata-kata saya hanya untuk maya. Saya begini seperti sedia adanya. Tidak mahu lagi berharap dan resah menanti kisah kasih yang entah bila kan tiba penhujungnya.
Semangat hidup teruskan dengan ceria dan baur duka. Biar duka itu kerana keindahan bukan kerana dosa dan yang lain itu. Bangkit dan ikrar pada diri. Ya!

Mei 2005, nenda pergi dalam dakapan saya, benar-benar di hadapan mata. Saya di hujung kakinya, mengulang surah Yassin. Namun dia pergi jua dijemput Ilahi. Saya reda. Saya rindu padanya. Malam semalam, mata saya basah, mimpi bertemunya mengundang air mata saya. Dalam mimpi saya mencium pipinya, erat dakapan saya, namun nenda hanya memandang tanpa kata. Saya faham. Saya sedar dalam linangan air mata jua. Tika mahu berpuisi siang nanti, kesedihan berbaur suka ini saya terima dengan hati terbuka. Walau hari ini saya sedikit diam. Sepi seketika. Nenda, along doa baik-baik buat nenda. Semoga kita akan bertemu di Firdausi sana. Ya, nenda.

Sunday, November 9, 2008


Dingin angin berpuput lembut,
menyapa tubuh yang basah dek siraman hujan,
dari atas rambut hingga jari hujung,
sejuk dan damai,
bersatu membelai jiwa.

sambil menutup mata,
menarik dan menghela nafas yang panjang,
disaksi langit biru,
dilihat awan putih,
mendung sirna dibawa bayu.

Dingin,
hambusan parwana,
sejuk tubuh,
jangan biar kaku,
berteduh sebentar di kuku langit.


kata teman, jika aku pemaisurinya, apa pula gelaran dia di hatiku? katanya lagi, jika aku bukan miliknya, pada siapa pula dia ingin memiliki? aku bingung, tanpa kata. aku biarkan dia berbicara. katanya, jika aku tiada, ke mana dia akan bawa haluan? seraya itu dia memegang hujung lengan bajuku. Aku yang sedang sibuk menyelak helai-helai akhbar berhenti seketika. Mendongak tepat ke arah matanya, kataku pula, "Jangan ditanya tentang 'jika'...Biar saja 'jika' itu berlalu dengan setiap persoalan kamu. Ya?" Kedutan pada dahinya jelas menunjukkan keanehan yang dirasa. "Mengapa?" seraya itu aku menjawab, "Kerana, hidup kita hanya sementara. Entah esok akan ada buat kita. Siapa tahu. Jadi kita lakukan saja apa-apa yang kita rasa baik dan selamat untuk kita di dunia dan di akhirat kelak. Ya?"
Dia senyum. Aku pula yang rasa semacam. Katanya, "Maka itu, 'jika' saya tidak salah kerana saya hanya ingin tahu isi hatimu. Biar saya tenang dengan jawapan kamu. Entah esok akan ada buat saya dan dirimu juga."
Senyum. Aku berlalu dalam lenggokan hawa. Dia pula tersengih lebar. Bisikan hati ini, "Andai itu yang diminta, ya. Aku mahu." Tika itu juga aku dengar laungannya. Riang dan hebat bergema, "Hey, aku sudah tahu jawapannya! Terima kasih. Kita jumpa lagi, ya!"

Saturday, November 8, 2008


bagaimana ya, mahu saya ungkapkan...semalam dalam gelap, saya sendiri. resah mahu lena. biasanya sinar lampu meja menemani, namun ada kekangan dari situ. saya gagahkan semangat untuk lena jua.
dalam lena, saya berlayar jauh dari alam realiti. bahtera saya semakin jauh di segara sana. tenang, hanyut dalam mimpi. sangat enak mimpi itu. saya suka. syukur saya panjatkan pada Ilahi. adakalanya, kita suka membuat andaian bahawa mimpi lagi enak pada kisah sebenarnya. ya?
saya mimpi dikasihi dia. Famili bahagia, jua seluruh teman ciptaan saya. Dingin malam itu saya kawal sepenuhnya. Bahagia. Dan gelap malam itu saya terima baik hingga ke subuh. Saya terjaga dengan senyum. Hmmm...mahu bermimpi hari-hari seperti itu.



salam,
hari ini entah bagaimana ramai sangat yang mohon panduan dan nasihat. hmm...terasa diri ini perlu banyak mencari dan menimba, ilmu juga pengalaman. akal juga perlu diasah lebih tajam supaya sasaran kata-kata sentiasa tepat panahannya. tidak salah saya melantik diri sebegitu. tentang kasih, nasihat itu paling banyak yang diminta. sedangkan saya pula, yang masih mencari dan menanti kasih itu. harap-harap nasihat saya kepada rakan-rakan sekalian menjadi, ya.
tQ!


Saat dia mula bertatih, aku sering menadah tangan, hatiku berkata, "sambutlah tangan ini, sayang..." Saat itu jua dia berlalu. Tidak sekali dia menoleh ke arahku. "Mengapa?" bentak hatiku. Tika aku lihat dia bersendirian, aku datang menghampirinya. Mataku tepat memandang ke anak matanya meminta simpati, "Dakaplah aku. Akan hilang sunyimu." Lalu dia pergi dan tidak jua menoleh. "Mengapa?" Aku hanya tersandar sepi di situ, cuba menahan air mata. Namun, ia tetap gugur juga. Aku hanya kiam membatu. Patah hati. Dia juga berjalan dalam sepi. Sonder mahu menoleh. Aku turut berpaling. Terus melangkah mecari sinar. Dia, kulihat hilang dalam gelap. Seketika, aku memandang ke hadapan. Aku temu suatu sinar terang. Sangat riang sinar itu. Sinar itu mengejar bayangku...... "Mengapa dia berkejar ke arahku?" Laju saja dakapan hangatnya membelai tubuhku yang terasa longlai.. Aku bingung. Tidak mengerti situasi itu. Namun hangat air matanya terasa dingin membasahi wajahku. Aku senyum dan riang. "Lihat, sinar itu bertambah riang riaknya." Aku cuba mengalih pandangannya. Sekali lagi hampa. Dia terus membisu dan hanya raungannya kudengar. "Mengapa?" Persoalan yang sama. Dia enggan dengar aku.
Lantaran itu, aku bangkit dari dakapannya. Patah hati lagi. Terasa ringan. Aku bungkam. Dalam dakapannya, terlihat aku yang kaku namun masih tersenyum. Dia setia dengan air matanya. Bukan aku....

Tuesday, November 4, 2008


Roti, santapan malam hari saya. Kebelakangan ini daun rezeki saya tidak seberapa banyak. Alhamdulillah, masih ada baki-baki gerincing yang boleh saya tukar dengan rezeki ini.
Hmm, tidak sekali saya mahu merungut apatah lagi menyesal. Menjadi perantau begini memang seronok. Bila lagi mahu berdiet. Itu kata hati saya.
Apa-apa pun syukur yang tinggi saya panjatkan pada Ilahi, kerana memberi saya masa untuk berasa insaf dan rendah hati.
Tidak mahu saya menjadi bongkak dengan hari-hari disuap yang enak, hingga berat mengingati-NYA. Nauzubillah!

Monday, November 3, 2008


ada kalanya, ini menjadi kegemaran saya. Berlumba di gelanggang siber dalam 'Need for Speed: Most Wanted.' Kini, sudah di tahap ke-7 dari 15 peserta. Jika geram terbuku, akan saya lepaskan dengan menghentam kesemua kereta polis yang datang. Lagi pula "Most Wanted", habis berkecai seribu satu kereta polis yang cuba menghalang lumba haram saya dan lawan di gelanggang siber.
Segala teknik pemanduan saya sangat diteliti, begitu juga dengan persembahan dan alatan kelengkapan yang sepatutnya, agar kereta meluncur laju. Dan memenangi banyak wang dan habuan lain. Hebat!

Ada sesiapa yang mahu memasuki gelanggang bersama saya!?

Sunday, November 2, 2008


hanya Maya! (II)

"Hanna, mengapa bermenung di jendela itu?" Saya kiam. Tidak berpaling. Lama juga Kak Eira tercegat di muka pintu kamar. Sengaja saya begitu. Kak Eira merapati tubuh kaku ini yang sejak tadi merenung sangkar terkukur. Nyanyian terkukur yang asyik mendendang keroncong bersama pasangannya. Saya tersentak. Pantas saja tangan lembut Kak Eira mendakap saya dari belakang. Senyum saya disambut jua lirik usikannya.

"Hanna rindu pada abang Johan, Kak Eira. Seminggu sudah dia di sana. Kerjanya masih berbaki banyak. Sepertinya lama lagi mahu pulang." Saya sedikit mengeluh. Helaan nafas perlahan. Kak Eira saya pandang dari sisi cuma. Dia terkerisin. Cuba mengusik saya.

"Sabarlah, sayang. Dua tiga minggu lagi pulang juga abang sayang Hanna. Hmm..mari." Kak Hanna menarik tubuh saya daripada terus melekat di tepian siku-siku jendela. "Kita solat dahulu ya. Selepas ini, Hanna boleh sambung semula Umbara Cinta itu." Saya menuruti langkah Kak Eira ke kamar ibadah. Ramai sudah menanti. Mak Kiah berhati mulia menghulur pakaian ibadah kepada saya. Sonder gerak bibir terakhir. Hanya itu saya mampu. Bungkam.

Usai bacaan doa akhir, saya masih lagi bugkam. Bingung umpama jam dinding kehabisan bateri. Tiada detik-detaknya, walau terasa nadi masih berdenyut. Ibu beranjak ke saf belakang di mana duduknya saya.
Jemari yang hampir hilang kesan merah henna ini disapa halus. "Kasihan anak ibu ini. Hanna, jangan dibawa layar rindu kamu ke tengah lautan. Ibu risau kamu akan tenggelam dan lemas. Biarlah bahtera di segara sana berlabuh tepat pada masa. Akan pulang juga dia ke dermaga kasihnya." Saya hanya melentok sayup di riba ibu. Usapan lembut ibu meresap ke ubun-ubun juga seluruh tubuh. Damai saya rasa. Walau unggun masih membara rindu saya, namun usapan kasih ibu penawar segalanya.

Saya lena akhirnya dalam usapan rindu ini.

Saturday, November 1, 2008


Haal-e-dil

begitulah tafsirannya, keadaan hati.
hati ini sedikit resah, dia kembali menyunting. dia aksara ke-10. benarkah kamu?
hati ini sedikit bimbang, tika ini hadirnya pula.
aAhhhH...apa ini? Mengapa? apa sebenarnya yang mahu kau ungkapkan?
Tenang, ya. Akan datang juga penyelesaiannya nanti.

Friday, October 31, 2008

Lirik Mentera Beradu :
Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna….