BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 10, 2008

salam buat diri saya, dan teman.
Saya mahu melakar sedikit kisah di sini. Seperti teman saya, uyaisha. Saya juga mahu bangkit dari kisah kasih ini. Puas sudah saya menagih kasih, entah pada siapa gerangannya. Entah sudinya tidak, belum saya mengerti. Hari-hari kebelakangan ini, saya sering menutur kisah kasih, namun ianya tetap sama. Situasi saya begini juga. Masih diulit maya. Letih menyeksa diri, dengan kepalsuan realiti. Saya mahu bangkit. Biarlah puisi dan kata-kata saya hanya untuk maya. Saya begini seperti sedia adanya. Tidak mahu lagi berharap dan resah menanti kisah kasih yang entah bila kan tiba penhujungnya.
Semangat hidup teruskan dengan ceria dan baur duka. Biar duka itu kerana keindahan bukan kerana dosa dan yang lain itu. Bangkit dan ikrar pada diri. Ya!

10 lonjakan suara:

Alam Nukilan Kreatif said...

semangat itu membawa kekuatan, jangan berasa putus asa dan mengalah dengan apa jua situasi pun...

ILhaM UyaISha said...

hasni,
sejujurnya saya masih menunggu titisan embun itu. namun untuk lari dari gulana sukma, saya terpaksa memujuk diri. tapi tidak mustahil untuk kita sama- sama mencuba, samada keluar dari kemelut tegang atau berserah pada Yang Satu. pilihlah kekanda sahabat...

hasni Jamali said...

ya, alam nukilan kreatif. terima kasih. tidak sekali saya mengalah, tetapi sekarang ini saya cuma memberi jalan kepada diri saya. kasihan, dia letih menanti kisah kasih yang entah apakah penghujungnya ini....

hasni Jamali said...

aisya,
sejujurnya saya katakan di sini, embun itu hanya menanti sinar mutiaranya. ya, mencuba dan terus mencuba. Sekarang ini saya hanya biarkan ianya berjalan mengikut rentak masa. Saya hanya menanti dan merumus gerakan itu.

syed_saiful said...

mengapa semua orang masih mengungkap kisah kasih ini..kasih itu indah andai dihiasai dengan keikhlasan. dan kasih itu berupa racun, yang mematikan keinginan dalam diri...

ILhaM UyaISha said...

seorang yang tidak faham dan yakin tentang kasih tidak mampu membicarakan soal ini....

hasni Jamali said...

syed,
jika dilihat dari hati, racun itu sebenarnya amat indah. kerana melalui ia datang segala hikmah kebaikan. bak lirik lagu ini,
"yang pahit jangan dibuang, yang manis jangan ditelan."

hasni Jamali said...

aisya......

ILhaM UyaISha said...

bicara racun mendefinisikan kekecewaan lampau.. sia-sia menggubah kata dlm soal ini.

S90 said...

yakinlah..
setiap ketabahan pasti akan dibayar..