BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 10, 2008

Mei 2005, nenda pergi dalam dakapan saya, benar-benar di hadapan mata. Saya di hujung kakinya, mengulang surah Yassin. Namun dia pergi jua dijemput Ilahi. Saya reda. Saya rindu padanya. Malam semalam, mata saya basah, mimpi bertemunya mengundang air mata saya. Dalam mimpi saya mencium pipinya, erat dakapan saya, namun nenda hanya memandang tanpa kata. Saya faham. Saya sedar dalam linangan air mata jua. Tika mahu berpuisi siang nanti, kesedihan berbaur suka ini saya terima dengan hati terbuka. Walau hari ini saya sedikit diam. Sepi seketika. Nenda, along doa baik-baik buat nenda. Semoga kita akan bertemu di Firdausi sana. Ya, nenda.

3 lonjakan suara:

Chempaka Aizim said...

hasni,
sy mungkin mampu mengerti perasaan awak. sewaktu kepergian nenda pada 2003, saya tidak ada di teratak. menurut tante pesan nenda pada saya (pada waktu itu saya sudah di muka pintu jadi tidak terdengar), "kakak jangan lupa pulang..." sekembalinya saya, nenda pulang ke rahmatullah lebih awal dari saya pulang ke rumahnya. sedih masih mencarik hati... al-Fatihah buat nenda Zawiah.

hasni Jamali said...

aisya,
ada tidak insan yang akan merindui saya jika saya pergi kepada nenda....

Chempaka Aizim said...

hasni,
jangan begitu sekali.
saya melantik diri sendiri utk meratap jika awak pergi dahulu. freind forever!