BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 8, 2008


bagaimana ya, mahu saya ungkapkan...semalam dalam gelap, saya sendiri. resah mahu lena. biasanya sinar lampu meja menemani, namun ada kekangan dari situ. saya gagahkan semangat untuk lena jua.
dalam lena, saya berlayar jauh dari alam realiti. bahtera saya semakin jauh di segara sana. tenang, hanyut dalam mimpi. sangat enak mimpi itu. saya suka. syukur saya panjatkan pada Ilahi. adakalanya, kita suka membuat andaian bahawa mimpi lagi enak pada kisah sebenarnya. ya?
saya mimpi dikasihi dia. Famili bahagia, jua seluruh teman ciptaan saya. Dingin malam itu saya kawal sepenuhnya. Bahagia. Dan gelap malam itu saya terima baik hingga ke subuh. Saya terjaga dengan senyum. Hmmm...mahu bermimpi hari-hari seperti itu.

4 lonjakan suara:

Chempaka Aizim said...

hasni,
tidak ada mustahilnya sebuah mempi bakal tersurat di alam realiti. harus percaya pada diri dan menerima baik apa sahaja yang ada dalam hidup. saya sudah dapat rasakan kegembiraan jika kita terima seadanya apa yang datang pada kita. utk pengetahuan awak, saya termimpi gabungan 3 penulis dlm satu cerpen. bisakah ia jadi realiti?

hasni Jamali said...

aisya,
kata cinta, "mimpi sangat indah jika hari-hari lena bersamanya."
Namun, malam selanjutnya, mimpi saya itu tidak hadir pula. sedikit hampa.
insyaAllah, bakal jadi kenyataan mimpimu nanti, aisya. bisa mungkin!

mysarah said...

hasni..
menarik cerita yang awak ceritakan pada saya tadi.. baru pertama kali saya dengar.. tapi bukan semua boleh alaminya. kalau saya boleh alaminya. alangkah indahnya tidur saya.. :-)

hasni Jamali said...

sarah,
saya sangat bersyukur, di kala sepi dengan realiti, ada maya datang menghampiri. tetapi ianya berkala bukan selalu. hanya maya saya sabar menanti, kerana mereka menyenangkan hati. Alhamdulillah. tidak lama lagi mungkin nur datang membawa sinar maya. :)