BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 20, 2008


Cinta Gila!

Diam! sukmaku menjerit. Memberontak. "Mengapa, sayanG?" katanya lembut.
'Aku kata diam, diam lah...tak faham ke?' sekali lagi kalbuku menjerit ronta. Dia pergi mendengus. Aku renung lenggoknya dengan mata tajam. Kasar sekali.

Apa erti cinta padanya? Mengapa aku dijadikan sebegini. Tidak cukupkah dengan kesetiaan yang aku beri selama ini? Kasih dan sayng tulus aku tampilkan dari hati ini. Hanya untukmu sayang. Ah, Sayang?! Ini bukan sayang namanya. Aku tidak pernah sesal dengan keputusan yang aku lakukan hanya untuk bersamamu....Namun sekarang....."Hei, lepaskan aku! Walau hingga ke akhirat, aku tetap bukan milikmu. Lepaskan aku...!!!"

Dia datang dalam lagaknya. Tajam matanya merenung setiap gerak lakuku yang resah. Aku mahu dilepaskan. Sebilah pisau dipegang kemas. "Ya, lepaskan aku. Jangan seksa aku begini lagi. Aku tidak akan menduakanmu, lagi....." Salah aku juga. Bernafsu lebih dari satu. Ah, cinta aku bukan kerana nafsu. Aku sayang. Apa salahnya.

Matanya tajam lagi. Sebilah pisau itu, perlahan-lahan memutuskan tali-temali yang mengikat tubuhku. Sebelah tangan terlepas ikatan. Aku berwajah harap. Ya, dia memutuskan temali kesemuanya. Syukur. Dia berisyarat. Langkahku sedikit kekok kerana kejang dalam satu posisi.

"Kau kejam! Walau seribu janjimu, aku tidak akan pernah percaya lagi. Pergi kau, nyah dari hidup aku. Pergi!" Dia memekik. Sambil tangan mengetuk-ngetuk mata pisau yang tajam. Merah mengalir. Aku kaget. Ah, peduli apa aku. Lari saja. Dia sudah gila. Namun, langkahku kaku, dia memekik lagi.

"Nanti! Nah! Pergi kau selama-lamanya!" Laju tangannya yang memegang pisau melontar tepat ke dadaku. Ah, tertusuk ke jantung. Degup jatuh, aku rebah. Tiada nyawa. Dia juga, mencarik-carik dadanya, kemudian cerita.

0 lonjakan suara: